Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Makanan Tradisi Punca 20 Ribu Kematian Setiap Tahun

Makanan Tradisi Punca 20 Ribu Kematian Setiap Tahun

Koi Pla, hidangan tradisional popular di Thailand dan Laos dikatakan punca kematian kira-kira 20,000 individu setiap tahun.

Oddity Central melaporkan, Koi Pla dianggap sebagai salad oleh Orang Lao di Laos dan wilayah Isaan, Thailand diperbuat dengan campuran ikan mentah cincang, jus lemon, herba dan rempah ratus.

Koi Pla lazimnya diperbuat dengan ikan air tawar mentah dari lembangan Mekong yang sering diserang cacing pipih parasit atau dikenali sebagai cacing hidup.

Parasit itu sudah lama diketahui sebagai penyebab salah satu jenis barah paling agresif iaitu cholangiocarcinoma, atau saluran hempedu, yang menyebabkan kematian kira-kira 20,000 individu.

Baca: Lebih 850 Kematian Akibat Denggi

“Ia adalah beban kesihatan yang sangat besar di sekitar sini.

“Tetapi tiada siapa tahu mengenainya kerana mereka meninggal dunia secara senyap, seperti daun yang jatuh dari pokok,” kata pakar bedah hati di Universiti Khon Kaen di Thailand, Narong Khuntikeo kepada AFP pada 2017.

Khuntikeo, yang kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia akibat barah saluran selepas seumur hidup memakan Koi Pla, menghabiskan masa bertahun-tahun mengembara ke kawasan luar bandar timur laut Thailand.

Dia juga memberi amaran kepada orang ramai mengenai bahaya makanan berkenaan.

Malangnya, hidangan ikan tradisional begitu popular di rantau Isaan di Thailand yang menyebabkan orang ramai sukar berhenti memakannya

Sebahagian individu mengatakan ada banyak punca meninggal dunia manakala yang lain mendakwa memasak ikan sebelum menambahnya ke dalam hidangan merosakkan rasa.

Generasi lama yang membesar dengan Koi Pla lebih berat melepaskannya, tetapi doktor seperti Narong Khuntikeo berharap sekurang-kurangnya generasi muda menyedari bahaya kerana memakannya.-hmetro

The post Makanan Tradisi Punca 20 Ribu Kematian Setiap Tahun appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!