Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Penawar Anak Degil Dan Keras Kepala Guna Nasi, Ramai Yang Tak Pernah Cuba

Orang dulu-dulu memang banyak petua yang digunakan dalam mendidik anak. Antaranya adalah dengan menggunakan nasi sebagai penawar anak degil. Eh boleh ke?

Tak salah untuk mencuba dan InsyaAllah setiap yang dilakukan dengan niat yang baik pasti akan mujarab. Petua ini turut dilakukan oleh Siti Qeesyara dalam menangani masalah anak degil. Jom cuba.

Baca juga: Bapa Amal 5 Bacaan Doa Ini Setiap Kali Hantar Anak Ke Pengasuh, InsyaAllah Akan ‘Dijaga’…

PENAWAR ANAK DEGIL GUNA NASI? INI CARANYA

PENAWAR ANAK DEGIL

Nak kongsi petua yang mak saya ajarkan. Katanya ini merupakan tips dari orang tua-tua dulu. Kalau nak kurangkan degil anak dan lembutkan hati mereka, masa kali pertama sendukkan nasi, bahagian tersebut jangan dimasukkan ke dalam pinggan.

Sendukkan kali kedua barulah letak ke dalam pinggan anak atau suami. InsyaAllah petua ini boleh membuat anak lebih mendengar kata.

Ini hanyalah petua dan tidak salah untuk mencuba. Selain itu ibu ayah juga boleh mencuba cara seperti di bawah:

  • Dengar apa yang mereka cakap dan mahu
  • Banyakkan komunikasi dan jangan terlalu memaksa
  • Beri mereka peluang untuk memilih
  • Kekal tenang dan sabar dengan kerenah anak
  • Hormati keputusan si kecil
  • Bekerjasama dengan anak
  • Belajar untuk berunding sebelum menghukum
  • Wujudkan persekitaran yang menyenangkan di rumah
  • Faham pemikiran anak-anak
  • Ibu ayah kena tunjukkan sikap positif

Jadi ibu ayah yang menghadapi masalah anak degil, boleh cuba petua seperti dikongsikan di atas. Tidak salah untuk memberi hukuman dalam mendidik anak tetapi ingat, jangan terlalu berlebihan sehingga membawa kepada kecederaan.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Doa Anak Menangis Waktu Malam, Bantu Si Kecil Lebih Tenang Semasa Tidur

Sumber: Facebook Siti Qeesyara & Momjuntion

The post Penawar Anak Degil Dan Keras Kepala Guna Nasi, Ramai Yang Tak Pernah Cuba first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!