Ayam Masak Ros Ala Kenduri, Sedapnya Macam Makan Beradab Dengan Pengantin!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Terfikir nak buat hidangan ala kenduri di rumah tapi belum jumpa resepi yang sesuai. Jangan risau, anda boleh cuba buat Ayam Masak Ros yang terlajak sedap ini di rumah.
Ayam Masak Ros adalah hidangan ayam yang menggabungkan rasa pedas dan manis bersama bahan rempah yang sedap. Biasanya, kita boleh jumpa lauk ini sewaktu kenduri.
Tak perlu tunggu jemputan ke kenduri kerana anda tetap boleh buat Ayam Masak Ros di rumah dengan mengikut resipi oleh Hamzahh Rie Na di Facebook ini. Jom kita cuba!
Baca juga: Ayam Masak Kunyit Halia, Lauk Sedap Ini Sebijik Macam Mak-Mak Masak
RESIPI AYAM MASAK ROS
Bahan-bahan:
- 1kg ayam
- 1 tin kecil tomato puree duchef
- 1 biji kelapa (ambil santannya)
- 4 sudu makan sos cili
- 4 sudu makan sos tomato
- 3 batang serai (diketuk)
Bahan-bahan kisar:
- 1 biji tomato
- 3 biji cili merah
- 20 biji cili kering
- 3 ulas bawang putih
- 6 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang besar
- ½ inci halia
Bahan-bahan rempah-ratus:
- 2 sudu makan bunga lawang
- 1 sudu makan cengkih
- 2 batang kulit kayu manis
Bahan-bahan hias:
- Daun sup
- Daun bawang
- Cili hijau
- Bawang besar (dipotong bulat)
Bahan-bahan perasa:
- Garam
- Gula
- Serbuk perasa ayam secukupnya
- 2 senduk minyak dari bekas goreng ayam
- Sedikit air (untuk jadikan kuah, ikut suka)
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, potong ayam dan gaulkan dengan garam serta kunyit, kemudian goreng separuh masak, angkat dan toskan.
2. Ambil sedikit minyak bekas goreng ayam tadi, kemudian tumis serai dan bahan rempah-ratus.
3. Selepas itu, masukkan bahan kisar dan goreng sampai pecah minyak.
4. Masukkan sos cili, sos tomato dan tomato puree, kemudian masak sampai sebati.
5. Seterusnya, masukkan ayam, santan dan sedikit air untuk dijadikan kuah.
6. Masukkan garam, gula, serbuk perasa ayam dan minyak dari bekas goreng ayam, kemudian masak sampai pekat.
7. Akhir sekali, masukkan bahan hiasan dan kacau, kemudian tutup api. Siap untuk dihidang!
Jika suka, anda boleh taburkan bawang goreng sebagai hiasan tambahan dan penyedap rasa dalam Ayam Masak Ros ini. Sekali buat, pasti nak masak lagi nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: Hamzahh Rie Na
Baca juga: Resepi Ayam Masak Bali Versi Cepat Siap, Gerenti Makan Sampai Bertambah!
The post Ayam Masak Ros Ala Kenduri, Sedapnya Macam Makan Beradab Dengan Pengantin! appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan