Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Hukum Patahkan Hujung Bendi Tapi Tak Beli, Nak Pilih Bendi Muda Tapi Jangan Aniaya Hak Orang!

Setiap kali berada di pasar atau pasar raya untuk membeli barangan dapur, bila sampai ke bahagian sayur bendi pasti kita akan terjumpa dengan bendi yang sudah hujungnya sudah dipatahkan. Nampaknya, ramai dalam kalangan kita yang meninggalkan bendi yang sudah dipatahkan semata-mata mencari bendi muda. Ini sudah merosakkan harta penjual dan mengambil hak pembeli lain!

Kisah memilih bendi ini turut dikongsikan Encik Muharrik Daie di laman Facebook dan mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya. Ada yang tidak kisah untuk ditegur dan ada juga yang melenting apabila ditegur mengenai hukum mematahkan bendi yang dipilih dan tidak dibeli. Mari sama-sama kita ambil tahu dan belajar walaupun hal ini nampak ‘simple’.

Baca juga: Resepi Air Tangan Ibu Buat Patty Ayam Homemade, Anak-Anak Puji Sedap Sangat!

NAK PILIH BENDI MUDA GUNA CARA PATAHKAN & TINGGAL, BERDOSA!

bendi muda

Foto: Healthwire

Berikut merupakan perkongsian kisah Encik Muharrik Daie yang berdepan dengan individu yang mematahakan bendi namun tidak dibeli. Ingat, walaupun hal ini nampak kecil tapi kesannya kepada penjual dan pembeli lain adalah besar!

“Maaf kak, kalau akak patah, akak wajib ambik sebab berdosa akak tak ambik. Sebab merosakan hak orang kak.” Tegur aku pada seorang kakak di pasar malam sebentar tadi. Sewaktu aku ingin membeli sayur sayuran. Dia menjeling aku seolah olah marah teguran aku.

“Tokey pun tak marah, kau nak marah. Apa hal.” Balasnya kasar kerana tak puas hati dengan teguran aku.

“Maaflah kak. Tokey tu tak nampak kak. Saya cuma ingatkan saja. Saya pun nak beli juga. Jadi saya tak akan ambik yang dah patah. Saya rasa begitu jugak orang lain. Pastinya tokey akan rugi. Haram hukum nya kak. Maaf kak saya terpaksa tegur sebab depan mata saya. Kalau saya tak tegur saya pula yang berdosa.”

Berkali kali aku minta maaf supaya dia terima teguran aku dan berhenti mematah hujung bendi yang ingin di belinya dan sedar akan kesalahannya.

“Kalau tak patah macam mana nak tahu tua atau muda bendi ni? Kau tahu ke nak pilih bendi muda kalau tak patah hujungnya?” Dia bertanya aku dalam nada yang agak kasar.

“Walau apa pun alasan akak, akak dah rosakkan harta orang. Itu yang salah. Saya pun tak tahu nak pilih yang muda atau tua bendi tu tapi biasanya saya ambik yang kecik kecik saja. Atau akak tanyalah tokeynya dulu, boleh ke patah patah. Kalau tokey nya kata ok, tak mengapa. Tapi kalau sebaliknya akak berdosa merosakan harta penjual. Tak apalah akak, saya panggil tokey nya. Kita minta izin.” Ujar ku untuk mengertaknya.

“Tak apa tak apa, aku ambik semua yang aku patah tadi. Tak perlu panggil tokey nya. Terima kasih kerana bagi tahu.” Ujar kakak itu walau pun nada suaranya masih tinggi walau pun dia mengalah.

Aku tahu dia malu dengan aku. Aku pun terus berlalu dan tak jadi untuk membeli bendi tersebut dan aku biarkan dia menunggu tokey sayur yang sibuk itu untuk membuat bayaran. Kalau aku tunggu pastinya dia rasa tidak selesa. Cukuplah sekadar itu tanggung jawab aku menegur supaya dia tidak terus membuat kesalahan.

Aku rasa dalam isu bendi ni, bukan saja kakak yang aku tegur itu saja yang melakukan, malah diluar sana masih ramai lagi wanita dan kaum ibu yang melakukan perbuatan mematah hujung bendi tersebut tanpa rasa berdosa dan bersalah. Sebab itu bab feqah ni, bukan hanya kita belajar bab ibadat saja. Bab bermuamalat dan berjual beli ni pun kita kena belajar. Kalau tidak berdosa zalim kita dalam berjual beli.

Memanglah mematah hujung bendi itu nampak kecil tapi dosa merosakan harta orang itu berat dosanya. Ubahlah sikap kita. Jangan sebab nak cari bendi muda kita rosak dan zalimi hak orang lain. Malam ni aku goreng kailan dan telur dadar saja. Tak selera makan bendi sebab asyik terpandang wajah kakak tu marah aku.

bendi muda

Foto: famf-tower.blogspot.com

*Tips pilih bendi muda tanpa patahkan hujungnya mudah sahaja. Anda tengok badan bendi tak kejung keras dan tangkai bendi muda tidak berlubang. Tak perlu patahkan okay!

Baca juga: Cara Buat Kek Sarang Semut Supaya Berongga-Rongga, Puas Hati Tengok Bersarang Elok!

Sumber: Muharrik Daie, Mai Izyani

Foto: TimesNowHindi, Barakata.id

The post Hukum Patahkan Hujung Bendi Tapi Tak Beli, Nak Pilih Bendi Muda Tapi Jangan Aniaya Hak Orang! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!