Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Rafizi diberi masa tujuh hari minta maaf – Tuan Ibrahim

PETALING JAYA – Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man mengambil tindakan undang-undang terhadap Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berhubung dakwaannya bahawa timbalan presiden Pas itu meluluskan projek bernilai RM2 bilion selepas Parlimen dibubarkan.

Berdasarkan surat tuntutan yang diserahkan melalui firma guaman Yusfarizal Aziz & Zaid itu, Rafizi diminta untuk mengeluarkan satu draf permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari daripada tarikh surat itu dikeluarkan.

Rafizi juga diminta mengeluarkan satu aku janji bertulis untuk berhenti daripada menerbitkan atau menulis dan mengeluarkan kenyataan yang sama juga dalam tempoh tujuh hari.

Pihak guaman itu juga mencadangkan satu jumlah ganti rugi munasabah yang mana jumlah yang dipersetujui tersebut perlu dibayar serta-merta setelah pihak yang berkaitan mencapai persetujuan berkenaan dengan jumlah kuantum ganti rugi.

Terdahulu, Rafizi dalam satu sidang akhbar menuntut penjelasan daripada Tuan Ibrahim berhubung status projek kerja-kerja rancangan tebatan banjir Sungai Langat 2 bernilai RM2 bilion yang didakwa dalam proses mendapat kelulusan.

Rafizi mendakwa, berdasarkan sumber dalaman, kementerian itu sedang dalam proses untuk menganugerahkan tender tersebut secara rundingan terus kepada sebuah syarikat sedangkan ia tidak boleh dibuat oleh kerajaan sementara.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim dalam kenyataan balas memaklumkan, tiada kelulusan boleh diberikan terhadap mana-mana peruntukan kewangan dalam tempoh kerajaan sementara.

Tuan Ibrahim juga tidak pernah meluluskan sebarang peruntukan mana-mana projek setelah Parlimen dibubarkan dan tiada mana-mana pihak yang datang berjumpanya bagi meminta kelulusan RM2 bilion yang dinyatakan Rafizi.

Rafizi juga digesa agar membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika mempunyai bukti. – KOSMO! ONLINE.

The post Rafizi diberi masa tujuh hari minta maaf – Tuan Ibrahim appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!