Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Cara Bertangas Atau ‘Sitz Bath’, Mommy Hamil Pun Boleh Buat Untuk Elak Gatal Di Kemaluan

Bertangas merupakan antara rutin yang selalunya akan dilakukan oleh ibu selepas bersalin untuk merawat luka. Namun, ramai yang tidak tahu bahawa jika anda sedang hamil, anda masih boleh melakukan rutin ini jika menggunakan cara bertangas yang betul.

Hal ini kerana, bertangas atau sitz bath ini sangat bagus untuk merawat luka atau apa-apa jenis kegatalan di bahagian sulit si ibu yang sedang hamil. Macam mana nak buat sitz bath ini? Jom kita baca perkongsian dari Puan Ezzah Nor yang berjaya menghilangkan kegatalan Miss V semasa hamil dengan bertangas.

Baca juga: 7 Jenis Makanan Yang Kaya Dengan Asid Folik, Badan Bakal Mommy Makin Subur & Sihat!

CARA BERTANGAS ATAU BUAT SITZ BATH UNTUK MAMA SEMASA HAMIL

cara bertangas

Waktu awal pregnant, i gatal-gatal area Miss V dan ada keputihan. So i try buat sitz bath, lepas 2 kali buat je, gatal-gatal semua hilang dan tak ada dah keputihan berlebihan. Lepas bersalin, period cramp, UTI, buasir, jangkitan dekat kemaluan pun bagus sangat dan lega lepas buat sitz bath. Waktu 1st pregnancy, i tak ada gatal-gatal and tak ada experience extra discharge. Second pregnancy baru i kena dua ni. So apa yang nurse suggest dekat i is try buat sitz bath/bertangas dulu. Yess, waktu pregnant boleh buat sitz bath.

Trimester 1-2: boleh guna himalayan salt + uncang herba
Trimester 3: boleh guna himalayan salt JE.

Sitz bath ini apa?

Rendaman air suam or kita orang melayu panggil bertangas. Mandian suam ini biasanya dibuat untuk membersihkan bahagian kemaluan. Rendaman ni boleh melegakan kesakitan/kegatalan dekat kemaluan. Siapa yang bagus buat sitz bath?

-Orang yang ada buasir/lepas operate buasir
-Ibu lepas bersalin yang ada luka bersalin
-Untuk bersihkan/legakan kesakitan area perineum (the area between vagina & anus)
-Untuk kurangkan menstrual cramp
-Jangkitan kuman kat kemaluan
-Budak lelaki lepas sunat
-Kena jangkitan UTI
-Dan sesiapa yang disarankan oleh doktor

Apa barang yang diperlukan untuk buat sitz bath?

cara bertangas

1.Sitz bath basin (boleh dibeli online)
2. Himalayan bath salt
3. Uncang herba (optional & ikut keperluan)

Cara buat sitz bath

1.Letak sitz bath basin dalam mangkuk jamban.
2. Isi 1/2 sudu himalayan salt dan 1 uncang intimate herbal wash.
3. Isikan air panas 1 liter dan air suhu bilik 1 liter.
4. Duduk dalam sitz bath basin dalam 10-15 minit.
5. Dah siap boleh flush air rendaman itu dan lap Miss V dengan tuala bersih.

*Selamat mencuba!

Baca juga: Mama Boleh ‘Survive’ Morning Sickness Ketika Hamil Kalau Buat 5 Petua Ini, 100% Menjadi!

Sumber: X @ezzahnor

The post Cara Bertangas Atau ‘Sitz Bath’, Mommy Hamil Pun Boleh Buat Untuk Elak Gatal Di Kemaluan first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!