Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Kari Ikan Timur Laut India, Resipi Dari Negeri Odisha Ini Boleh Tahan Sedap!

https://ift.tt/MB0AbPg

kari ikan india

Setiap kali dapat belajar resipi yang jarang ditemui, memang tak sabar nak cuba. Anda wajib cuba resipi Kari Ikan India, lauk dari Negeri Odisha yang sebenarnya sedap tak terkata.

Odisha (sebelum ini namanya Orissa) ialah sebuah negeri yang terletak di pesisir timur India dan pelbagai masakan India di Malaysia yang dibuat dengan resipi dari sana.

Syu Azis telah kongsikan resipi menarik di Facebook iaitu Kari Ikan India yang diperoleh daripada kawan suaminya dari negeri Odisha. Jom kita cuba!

Baca juga: Kari Sotong Mamak Yang Lembut Dan Tak Liat, Sebijik Macam Di Kedai Nasi Kandar

RESIPI KARI IKAN INDIA (ODISHA STYLE)

kari ikan india

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan (tak kisah jenis apa)
  • 1 sudu besar mustard seeds
  • 2 biji bawang besar
  • 1 labu bawang putih (kena banyak)
  • 2 inci halia
  • 2 biji tomato
  • ½ sudu halba
  • 2 biji cili kering
  • 1 helai daun salam
  • Daun ketumbar
  • Bahan penyedap: 2 sudu biji kuaci
  • Garam atau serbuk perasa
  • Kayu manis, bunga lawang dan jintan putih
  • 1 sudu serbuk cili merah (ikut nak pedas banyak mana)
  • 1 hingga 2 sudu serbuk kunyit
  • 2 sudu serbuk garam masala atau serbuk kari ikan
  • 1 cawan santan

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng secara tiga suku masak terlebih dahulu.

kari ikan india

2. Kisar halia, sebiji bawang besar, bawang putih dan sedikit (½ sudu) jintan putih terlebih dahulu, kemudian letak tepi.

3. Kisar biji kuaci dan mustard seed bersama sebiji cili kering, kemudian letak tepi juga.

kari ikan india

4. Selepas itu, kisarkan tomato sampai lumat.

5. Panaskan minyak dalam dua senduk dan masukkan cili kering yang seketul-seketul itu, kemudian biarkan garing kehitaman sedikit.

6. Masukkan bunga lawang, kayu manis, halba dan 1 sudu jintan putih, kemudian tumis sampai sedikit garing.

7. Seterusnya, masukkan baki bawang besar yang diracik halus dan bahan kisar yang ada halia semua itu.

8. Setelah garing, masukkan tomato kisar dan pes mustard seeds dengan biji kuaci, kemudian kacau perlahan sampai pecah minyak.

9. Masukkan daun salam bersama dua cubit garam, segala serbuk kari, garam masala, serbuk kunyit dan serbuk cili.

10. Akhir sekali, boleh gaul dengan ikan goreng tadi sampai sekata. Siap untuk dihidang!

Orang India sangat suka ikan Rohu, tapi di Malaysia, anda boleh gantikan dengan ikan merah, jenahak atau bawal. Senang cerita, semua jenis ikan sesuai dengan resipi Kari Ikan India ini.

Selamat mencuba!

Sumber: Syu Azis

Baca juga: Resepi Kari Ayam Bangladesh Simple Tanpa Santan, 3 Langkah Saja Dah Siap!

The post Kari Ikan Timur Laut India, Resipi Dari Negeri Odisha Ini Boleh Tahan Sedap! appeared first on MyResipi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!