Langkau ke kandungan utama

Tips Masak Rendang Supaya Lebih Sedap, Pekat & Tak Mudah Basi Berhari-Hari, Ini Cara Betul!

Imej
https://ift.tt/wlAurIm Rendang memang antara hidangan paling digemari di Malaysia, terutama ketika musim perayaan atau kenduri. Namun, ramai yang masih tercari-cari tips masak rendang yang betul supaya kuah pekat, berempah, sedap dan tahan lama tanpa cepat basi. Panduan ini akan tunjukkan cara mudah hasilkan rendang yang sedap, pekat dan boleh tahan berhari-hari walaupun disimpan dalam peti sejuk. Dengan teknik yang betul, rendang rumah anda boleh jadi seumpama rendang kenduri. Baca juga: Tips Cornflakes Madu Rangup Paling Menjadi, Buat Awal Pun Kekal Rangup Sampai Raya 10 TIPS MASAK RENDANG SEDAP PEKAT TAHAN LAMA 1. Gunakan santan pekat Santan pekat menghasilkan rendang lebih lemak, berkrim dan tahan lama. Elakkan santan cair kerana ia boleh mempercepatkan proses basi. Ini antara tips masak rendang paling penting untuk tekstur kuah yang sempurna. 2. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak Pastikan bahan kisar ditumis sehingga naik bau dan minyak timbul. Ia membantu rendang le...

Resipi Ayam Pop, Cara Mudah Tapi Rasa Autentik Macam Masakan Padang!

https://ift.tt/gGzj4Or

ayam pop

Ayam Pop adalah salah satu hidangan yang popular dalam masakan Minang. Apa yang menarik tentang ayam pop ini ialah cara penyediaannya yang ringkas, tapi tetap menghasilkan rasa yang sangat lazat.

Dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati dan langkah-langkah yang tidak rumit, sesiapa saja boleh mencuba untuk membuatnya di rumah. Jadi, kalau anda sedang mencari resipi ayam yang lain dari yang lain, boleh cuba ayam pop ini.

Baca juga: Resipi Gulai Tunjang Ala Masakan Padang, Puas Hati Makan Bila Buat Sendiri!

CARA MASAK AYAM POP ALA MASAKAN PADANG

Bahan-bahan:

  • Halia 2-3 inci (diketuk)
  • Serai 2-3 batang (diketuk)
  • Bawang putih 8 ulas (diketuk)
  • 6 ketul ayam (bahagian chicken leg)
  • Air kelapa 3 plastik
  • Santan 50ml
  • Garam 2 sudu kecil

Cara memasak:

  1. Sediakan periuk. Masukkan ayam, air kelapa, santan, serai, halia, bawang putih dan juga garam.
  2. Rebus dan biarkan ayam masak selama lebih kurang 1 jam.
  3. Bila kelihatan air rebusan pekat, keluarkan ayam.
  4. Baki kuah tadi, tambahkan santan 100 ml dan 2 sudu besar tepung gandum yang dibancuh dengan air.
  5. Kacau kuah dan masak sehingga teksturnya pekat.
  6. Tapiskan ke dalam mangkuk untuk menghasilkan tekstur kuah yang lebih licin.
  7. Tuang kuah tadi ke atas ayam.
  8. Sedia untuk dinikmati bersama nasi panas dan sos (resipi di bawah).

Bahan sos:

  • Tomato
  • Bawang putih 6 ulas
  • Bawang merah
  • Cili padi 8-10 biji
  • Cili besar 2 biji
  • Sedikit minyak masak
  • Daun limau purut
  • Pes otak udang 5g
  • Air 50 ml
  • Air kelapa 50 ml
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil gula

Cara buat sos:

  1. Satukan semua bahan sos dan kisar sehingga semuanya hancur lumat.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, kemudian tuangkan bahan kisar tadi.
  3. Masukkan juga daun limau purut dan pes udang. Kacau rata, masak sehingga sos menjadi sedikit gelap dan pecah minyak.
  4. Bila sos sudah sedikit kering, tuangkan air dan air kelapa. Kacau sebati.
  5. Selepas itu, letakkan sos tomato, garam dan gula. Kacau lagi.
  6. Siap.

Kredit resipi dan gambar: TikTok akiejack

Baca juga: Resipi Daging Berlado Style Kedai Nasi Padang, Memang Bikin Terliur!

The post Resipi Ayam Pop, Cara Mudah Tapi Rasa Autentik Macam Masakan Padang! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Restoran Didakwa Basuh Lebihan Makanan Untuk Dijual Semula, Netizen Luah Rasa Jijik & Bimbang!