Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Pelajar 13 Tahun Rancang Dan Bunuh 8 Rakan

Pelajar 13 Tahun Rancang Dan Bunuh 8 Rakan

Seorang remaja yang membunuh lapan rakan dan seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah di Serbia merancang serangan itu selama berminggu-minggu dan mempunyai ‘senarai pembunuhan’, menurut polis.

Remaja berusia 13 tahun itu ditahan berikutan serangan pada Rabu di sekolah rendah Vladislav Ribnikar di Belgrade.

Polis berkata, suspek merancang serangan itu sebulan lebih awal dan dia membawa ‘senarai keutamaan’ remaja untuk disasarkan dan bilik darjah mana yang dia akan masuk dahulu.

Baca: Bekas Pembunuh Bersiri Dibunuh Selepas Terkenal

Empat daripada mereka yang cedera, tiga lelaki dan seorang lagi perempuan, stabil dan sedar pada Rabu.

Seorang guru yang cedera dalam serangan itu juga dilaporkan menjalani pembedahan dan pihak berkuasa pada Selasa mendakwa nyawa guru itu terancam.

Kebanyakan mangsa dilahirkan pada 2009 bermakna mereka berusia sama ada 13 atau 14 pada ketika kejadian.

Daripada mereka yang terbunuh, tujuh daripada mangsa membabitkan pelajar perempuan di sekolah itu, tetapi motif serangan masih tidak jelas.

Enam lagi pelajar membabitkan empat lelaki dan dua perempuan, selain seorang guru cedera dalam kejadian tembakan itu,

Remaja itu didakwa menggunakan senjata api milik bapanya yang mempunyai permit senjata sah.

Difahamkan, remaja terbabit dikatakan ada pergi ke padang tembak lebih daripada sekali bersama bapanya sebelum pembunuhan itu.

BBC melaporkan, bapa dan ibu remaja itu juga ditahan bagi membantu pihak berkuasa menyiasat kes itu.

Dalam ucapan di televisyen kepada negara itu, Presiden Aleksandar Vucic menyifatkan serangan itu sebagai “hari paling sukar dalam sejarah moden negara ini.”

Katanya, suspek akan dihantar ke klinik psikiatri. Di bawah undang-undang Serbia, remaja itu tidak boleh bertanggungjawab secara jenayah kerana berusia di bawah 14 tahun.-hmetro

The post Pelajar 13 Tahun Rancang Dan Bunuh 8 Rakan appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!