Bacaan Gula Dalam Darah Tinggi Menggunung? Makan 10 Benda Ini Untuk Kawal
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
“Alamak! Bacaan gula dalam darah aku ni ibarat aku minum air gula hari-hari, tinggi betul! Macam mana nak kurangkan?”
Walaupun faktor seperti berat badan, aktiviti, tekanan dan genetik juga memainkan peranan dalam mengawal gula dalam darah, mengikuti diet yang sihat adalah penting untuk pengurusan gula dalam darah kembali normal. Bila kandungan gula terlampau tinggi, boleh bersemut jadinya!
Walaupun sesetengah makanan, termasuk yang tinggi dengan gula tambahan dan karbohidrat ditapis, boleh menyumbang kepada turun naik gula dalam darah, terdapat makanan yang lain boleh mengoptimumkan peraturan gula darah sambil menggalakkan kesihatan keseluruhan. Makanan apakah itu?
Baca juga: Ibu Yang Tergolong Dalam 7 Kategori Ini Kena Buat Ujian Minum Air Gula Semasa Hamil
BACAAN GULA DALAM DARAH SANGAT TINGGI? 10 MAKANAN INI BOLEH KURANGKAN
Berikut merupakan antara 10 makanan yang boleh diambil setiap hari bagi membantu menurunkan kadar gula dalam darah. Semuanya enak-enak belaka!
1.Makanan laut
Makanan laut, termasuk ikan dan kerang, merupakan sumber protein, lemak sihat, vitamin, mineral, dan antioksidan kepada kita sama ada mempunyai masalah diabetes atau tidak. Kandungan tersebut dapat membantu mengatur kadar gula darah di dalam badan. Antara jenis makanan laut yang sangat bagus untuk kawal gula dalam darah adalah, ikan salmon dan ikan sardin
2.Kacang
Menurut laman web Nutrients, penelitian pada 25 orang dengan diabetes Tahap 2 menunjukkan bahawa mengambil kacang seperti kacang almond sepanjang hari sebagai diet rendah karbohidrat dapat mengurangkan kadar gula dalam darah seperti puasa dan setelah makan.
3.Brokoli
Bukan sahaja sedap malah, menurut Healthline, ekstrak brokoli yang kaya dengan sulforaphane memiliki peranan sebagai ejen anti-diabetes yang kuat. Brokoli dapat membantu meningkatkan sensitiviti insulin dan mengurangkan gula darah yang menjadi punca stres.
4.Kacang bendi
Siapa sahaja yang tidak gemarkan kacang bendi atau okra bukan? Bendi adalah sumber sayuran yang kaya dengan khasiat penurun gula dalam darah seperti polisakarida dan antioksidan flavonoid. Malah, di Turki, biji kacang bendi telah lama digunakan sebagai ubat tradisional diabetes kerana khasiatnya untuk menurunkan gula dalam darah dengan berksesan.
5.Chia seed
Bukan sahaja sebagai salah satu bahan makanan untuk anda yang sedang diet, malah chia seed juga bagus untuk menurunkan gula dalam darah.
6. Telur
Menurut Healthline, dijelaskan bahawa terdapat hubungan antara makan telur dengan mengawal kadar gula dalam darah yang lebih baik sehingga makanan ini dapat dimanfaatkan untuk menurunkan gula darah. Telur adalah makanan yang sangat berkhasiat kerana menyediakan sumber protein, lemak sihat, vitamin, mineral, dan antioksidan.
7.Bawang putih
Bawang putih merupakan antara bahan makanan yang sangat popular kerana menyediakan khasiat yang banyak untuk kesihatan badan dan salah satunya adalah menurunkan tahap gula dalam darah. Boleh amalkan pengambilan bawang putih dengan cara melebihkan kandungan diletakkan dalam masakan atau ada yang jadikan bawang putih sebagai ulam.
8.Epal
Mempunyai khasiat yang baik untuk badan, disarankan untuk anda makan buah epal 30 minit sebelum makan nasi setiap hari. Proses secara konsisten ini membantu untuk mengurangkan kadar gula darah setelah makan, dibandingkan dengan makan nasi saja.
9.Buah oren
Meskipun kebanyakan buah oren memiliki rasa yang manis, penelitian dalam Journal of Diabetologia menunjukkan bahawa buah oren juga dapat membantu mengurangkan kadar gula darah. Buah oren dikategorikan buah yang mempunyai glikemik rendah kerana tidak mempunyai kandungan gula sebanyak jenis buah lain seperti tembikai dan nanas.
10.Yogurt
Susu kefir dan yoghurt adalah makanan susu fermentasi yang memiliki banyak khasiat untuk tubuh. Bukan sahaja untuk menurunkan berat badan malah beberapa kajian membuktikan bahwa kefir dan yogurt boleh membantu menurunkan kadar gula dalam darah.
*Mudah sahaja nak dapatkan makanan yang disenaraikan untuk menurunkan manis atau gula dalam darah ini bukan? Tapi, sambil-sambil turunkan kadar kemanisan dalam darah itu janganlah turunkan sekali kadar manis pada wajah ya!
Baca juga: Alamak, Masak Makanan ‘Terlajak’ Manis! Guna 5 Petua Dapur Ini Untuk Kurangkan
Sumber: Healthline, Medical News Today
The post Bacaan Gula Dalam Darah Tinggi Menggunung? Makan 10 Benda Ini Untuk Kawal first appeared on SirapLimau.com.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan