Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Kek RM15 Noriha paling popular

BALIK PULAU – Genggam bara api biar sampai jadi arang.
Itulah prinsip yang dipegang Noriha Husin sepanjang membangunkan perniagaannya, Noors Cookies sejak 12 tahun lalu.

Wanita berusia 57 tahun ini berkata, pelbagai kaedah digunakan bagi merancakkan prestasi perniagaan, malah beliau tidak betah duduk diam selain sentiasa memerah idea segar untuk diketengahkan menerusi produk baharu.

“Kek lapan inci berharga RM15 antara produk yang paling mendapat sambutan kerana dengan harga serendah itu, pelanggan berpeluang membeli sebiji kek yang terdiri daripada lima jenis perisa iaitu coklat, pandan, vanilla, beri biru dan oren.

“Selain aneka kek, lebih 26 jenis biskut dan pelbagai jenis kerepek turut dijual di kedai yang beroperasi di Taman Sempurna,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Noriha bersyukur kerana anak sulungnya, Shah Nor Azdzilawaty Shahrani,37, dan menantunya, Muhamad Iswan Ahmad,35, turut sama membantu melancarkan operasi syarikat.

Menurutnya, Shah Nor Azdzilawaty cekap menyiapkan tempahan kek khas atau ‘custom made’ yang diminta pelanggan, manakala suaminya pula menguruskan penyediaan kacang potong iaitu antara produk popular yang sentiasa menerima permintaan tinggi.

“Setakat ini, terdapat lima pekerja yang membantu memastikan tempahan kek dan biskut dapat disiapkan tepat pada masanya.

“Segala promosi produk yang dijalankan akan dimuat naik menerusi media sosial seperti Facebook bagi memudahkan pelanggan membuat tempahan,” jelasnya.

Tambahnya, label Noors Cookies semakin kukuh selepas beliau berdaftar sebagai Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sejak tahun 2014.

Noriha secara jujur mengakui bahawa, AIM banyak membantu memudahkannya untuk membuat pusingan modal menerusi pinjaman yang diberikan secara berperingkat.

“Antara cabaran utama dalam menguruskan perniagaan adalah modal, namun AIM terus memberikan khidmat nasihat, bimbingan dan modal perniagaan supaya bisnes dapat terus berkembang.

“Terima kasih diucapkan kepada AIM kerana sentiasa memberikan motivasi kepada usahawan” katanya.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk keluaran Noors Cookies, bolehlah melayari Facebook Noors Cookies atau hubungi
011-1879 4905. -KOSMO! ONLINE

The post Kek RM15 Noriha paling popular appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!