Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Cara Tanam Pokok Pegaga Supaya Daun Subur & Lebar Macam Sayur Sawi!

Pokok daun pegaga merupakan salah satu sumber semulajadi yang kaya dengan khasiat seperti Vitamin C, Vitamin A dan zat besi. Malah, pengambilan daun pegaga dijadikan ulam secara berkala boleh menjadi sebab anda kelihatan awet muda! Jadi, inilah masanya untuk anda ambil tahu cara tanam pegaga supaya boleh dimakan selalu.

Begitu juga dengan perkongsian di laman Facebook dari saudara Zaid Azizy Yaakob yang sudah mula menanam daun pegaga. Menariknya, daun pegaga yang ditanam menjadi subur dan besar daunnya seperti pokok sawi. Memang puas dimakan!

Baca juga: Tips Untuk Pokok Daun Kari Tumbuh Merimbun Guna Beras, Daun Pun Hijau Gemuk-Gemuk!

CARA TANAM PEGAGA SAMPAI DAUN JADI LEBAR MACAM SAWI!

cara tanam pegaga

Pegaga ini ikut tuan dia kot, tuan dia subur berlemak dan dia pun nak join sekali. Ini kalau colek dengan sambal tempoyak alangkah syahdu tanpa ku sedari habis seperiuk nasi. Lawan pula dengan ikan masin, lauk lain tak pandang dah!

Pokok pegaga ini asalnya memang kecil-kecil daunnya, beli di pasar seikat RM2. Memang sedap rangup dan tak pahit. Apa yang anda boleh buat supaya pegaga tumbuh subur dan besar daunnya adalah:

– Cara tanam cuma pilih pegaga yang dah ada akar dan cucuk ke dalam tanah dan siram

– Letak pokok pegaga ini di bawah pokok atau kawasan terlindung supaya daun hijau cantik

– Rahsia daunnya jadi lebar macam sayur sawi cuma air siraman. Siram dengan air basuhan ikan yang kita siang. Setiap kali basuh ikan airnya simpan untuk siraman. Itu saja. Kalau air basuhan beras pun boleh.

INFO: Pegaga ini bukan jenis pegaga gajah kerana waktu beli di pasar memang daunnya kecil. Tapi lepas siram dengan air basuhan ikan, daunnya jadi gemuk dan lebar.

cara tanam pegaga

*Sedap dan puas bila dibuat ulam bukan? Jom tanam!

Baca juga: Cara Cuci Mesin Pengisar Yang Dah Kuning & Berkerak Guna Beras, Automatik Baharu!

Sumber: Zaid Azizy Yaakob

The post Cara Tanam Pokok Pegaga Supaya Daun Subur & Lebar Macam Sayur Sawi! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!