Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Resepi Nona Manis Sagu Lemak Berkrim, Lembut Dan Elok Kejadiannya!

Siapa pernah cuba nona manis sagu? Menu ini sedikit berbeza dengan hidangan asal kerana bahan utamanya adalah menggunakan sagu.

Sekiranya anda inginkan kelainan untuk dihidangkan kepada keluarga tersayang, boleh cuba resepi nona manis sagu seperti perkongsian di bawah. Lemak-lemak manis memang sedap sangat!

Baca juga: Resepi Jus Tembikai Lain Daripada Lain, Nak Lagi Sedap Kena Letak 1 Bahan Rahsia Ini

RESEPI NONA MANIS SAGU WARNA WARNI, LEMBUT SANGAT

NONA MANIS SAGU

Mudah sahaja nak buat. Jom cuba.

Bahan-bahan: 

Cara penyediaan sagu:

1. Rendamkan sagu ke dalam pewarna makanan pilihan anda.

2. Kemudian, masukkan 5 sudu gula di setiap bekas sagu dan gaul rata.

3. Sapu minyak di keliling acuan nona manis dan masukkan sagu secukupnya.

4. Buatkan lubang di bahagian tengah dan kukus sehingga sagu masak.

Bahan-bahan adunan inti:

  • Santan 250ml
  • Gula 1 sudu besar
  • Garam 1/2 sudu kecil
  • Tepung jagung 3 sudu besar

Cara penyediaan inti: 

1. Masak semua bahan di atas sehingga pekat.

2. Kemudian, tuangkan ke bahagian tengah sagu tadi.

3. Kukus lagi selama 5 minit.

Sedia untuk dihidangkan. Mudah dan unik kan? Selamat mencuba!

Baca juga: Resepi Karipap Sardin Ala Kampung, Penuh Inti & Kulit Rangup Tak Serap Minyak!

Sumber: Facebook Jom Kongsi Resepi

The post Resepi Nona Manis Sagu Lemak Berkrim, Lembut Dan Elok Kejadiannya! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!