Cara Masak Mee Bandung Simple Berkuah Pekat, Masukkan Bahan Rahsia ‘Ini’

Imej
https://ift.tt/46lLDaW Musim hujan pada waktu petang membuatkan ramai teringin berbuka puasa dengan hidangan berkuah yang hangat. Oleh itu, anda boleh cuba cara masak Mee Bandung yang simple ini. Mee Bandung adalah hidangan mee paling popular di Malaysia yang berasal dari Johor. Gandingan mee kuning bersama telur dan kuah pekat mampu membuat selera terangkat. Cara masak Mee Bandung ini dikongsikan oleh Halimatussaadiah Sidek di Facebook bersama rahsia kuah yang pekat dan sedap dihirup. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Mee Kuning Homemade ‘Gluten-Free’, Tak Pakai Tepung Gandum Pun Menjadi! CARA MASAK MEE BANDUNG Bahan kisar: 2 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 10 tangkai lada kering (kurangkan jika tak nak pedas) 2 paket udang kering Bahan-bahan lain: ½kg mee kuning Segenggam kacang tanah (goreng dan tumbuk) 2 sudu tepung gandum (bancuh dengan air biar cair) Gula Garam Ajinomoto Daging Sotong Udang (ikut suka) Sawi Lobak merah Tauhu Daun sup Bawang g...

Sukan Permotoran perlu dana mencukupi

MUHAMMAD RIDUAN MOHD. HANAFIAH
WARTAWAN EKSEKUTIF

BERCERITA soal bakat, Malaysia mempunyai ramai pelumba terbaik terutama menerusi sukan permotoran dua roda negara. Pelumba bakat muda yang di­gilap makin menunjukkan pres­tasi memberangsangkan terutama di peringkat antarabangsa.

Kejayaan itu boleh dilihat menerusi pelumba Hakim Da­nish Ramli, 15, selepas menoktahkan gelaran keseluruhan pada saing­an Asia Talent Cup (ATC) 2022 sewaktu di Litar Antarabangsa Mandalika, Indonesia baru-baru ini.

Kemenangan itu membolehkan Danish diangkat menjadi pelumba Malaysia pertama bergelar juara ATC 2022 sejak perlumbaan itu diadakan 2014.

Bukan itu sahaja, seorang lagi pelumba cilik dari Terengganu, Qabil Irfan Azlan yang berusia 10 tahun berjaya menaiki podium tempat ketiga pada perlumbaan Super Final Kejuaraan Siri Dunia FIM MiniGP 2022 di Litar Ricardo Tormo, Valencia.

Namun kejayaan itu tidak akan hadir dengan mudah sekiranya tiada program yang dirangka untuk mencungkil bakat-bakat baharu ini untuk diketengahkan.

Ketua Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Azhan Shafriman Hanif berkata, pihaknya akan sentiasa meneruskan program pembangunan itu, namun berdepan kekangan untuk menghantar pelumba-pelumba berbakat ke pentas dunia.

Katanya, SIC hanya penyedia litar dan berharap kerajaan terus menyokong usahanya terutama meneruskan program akar umbi yang dirangka selepas ini.

“Akhirnya kita dapat lahirkan juara Asia, Hakim Danish yang berjaya meraih gelaran juara ke­seluruhan ATC tahun ini. Perlu diingat Hakim Danish adalah produk dari saingan MiniGP yang SIC anjurkan sebelum ini.

“Dana adalah faktor penting, tanpa dana mencukupi, harapan untuk melihat mereka pergi ke luar negara a­matlah tipis.

“Ia juga penting untuk kita meneruskan kesinambungan mencungkil bakat-bakat baharu dalam program yang kita rangka.

“Pencapaian seperti ini tidak boleh dicapai jika tiada sokongan dan bantuan penajaan,” ujarnya.

Beliau berkata, bukan itu sahaja, pihaknya juga menjemput sektor swasta bagi membantu pelumba-pelumba cilik untuk pergi lebih jauh seperti MotoGP.

“Impian kita adalah mahu memastikan pelumba-pelumba Malaysia ini mampu layak sehingga ke pentas MotoGP seperti Hafizh Syahrin, Adam Norrodin, Zulfahmi dan banyak lagi.

“Terima kasih kepada ZK Ra­cing terutama bekas pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin yang menjaga dan mendidik pelumba muda negara ini hingga menghasilkan keputusan terbaik dan tidak lupa Persatuan Permotoran Malaysia (MAM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Kementerian Kewangan yang membantu mencapai kejayaan yang kita idamkan selama ini,” katanya kepada Kosmo!.

Andai kata tiada lagi peruntukan disalurkan, kemungkinan besar beberapa penyertaan pelumba negara terutama penyer­taan anak muda Malaysia di Kejuaraan Dunia Eropah seperti JuniorGP, European Talent Cup, Asia Talent Cup (ATC) dan mahupun Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) dalam kelas Moto3 bakal terjejas.

Pelumba muda negara, Syarifuddin Azman akan beraksi secara musim penuh di Moto3 tahun depan. Untuk rekod, Syarifuddin atau dikenali sebagai Damok adalah pelumba ke-10 negara yang beraksi sepenuh masa di kejuaraan berprestij dunia itu.

Antara yang pernah menyertai saingan musim penuh adalah Hafizh Syahrin Abdullah, Kasma Daniel Kasmayudin, Azlan Shah Kamaruzaman dan Adam Norrodin.

The post Sukan Permotoran perlu dana mencukupi appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!