Resipi Telur Berlado Paling Jimat, Menu ‘Tengah Bulan’ Yang Mudah Tapi Power!

Imej
https://ift.tt/dqVx2Mw Bila tengah bulan dan dompet sudah mula kering, resepi telur berlado ini boleh jadi penyelamat. Menu ringkas tapi penuh rasa ini menjadi pilihan ramai bila nak berjimat. Telur berlado adalah antara juadah bajet yang boleh disediakan dengan bahan-bahan asas di dapur. Sangat sesuai untuk hujung bulan bila kita perlu berjimat tapi tetap nak makan sedap. Baca juga: Resipi Telur Tumis Bawang, Lauk Jimat Tapi Rasa Penuh Nikmat! RESEPI TELUR BERLADO Bahan-bahan: Telur Lada merah besar* Cili hijau* Bawang besar* Bawang putih* Halia* Sos tiram Cukup rasa Air Cara memasak: Kisar semua bahan yang bertanda (*) iaitu lada merah besar, cili hijau, bawang besar, bawang putih dan halia sehingga halus. Jika suka tekstur kasar, boleh kisar kasar atau tumbuk. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar tadi menggunakan api sederhana sehingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan sos tiram ke dalam bahan tumisan dan kacau rata. Tambahkan juga serbuk cukup ras...

Cara Mudah Buat Kuih Kasturi, Kulit Luar Rangup & Tak Liat Walaupun Sejuk!

https://ift.tt/UYZzfej

resepi kuih kasturi

Resepi kuih kasturi merupakan salah satu kuih tradisional yang terkenal di kalangan rakyat Malaysia. Ada juga yang memanggilnya kuih kacang hijau atau kuih rengas.

Walaupun proses penyediaannya agak renyah, hasilnya pasti memuaskan. Kuih kasturi ini juga boleh disimpan sebagai stok beku dan digoreng pada bila-bila masa.

Bagi sesiapa yang ingin cuba membuat sendiri kuih kacang hijau ini di rumah, ikuti resipi lengkap yang dikongsikan oleh Puan Dea Noorfaizura  di bawah.

Baca juga: Resipi Cara Berlauk Meriah Inti, Walau Sejuk Tetap Lembut & Sedap!

RESEPI KUIH KASTURI KACANG HIJAU

resepi kuih kasturi

Bahan-bahan:

  • 50gram kacang hijau
  • Sehelai daun pandan
  • 25gram gula merah
  • 20gram gula pasir
  • 30gram kelapa parut
  • Sedikit garam
  • 20gram tepung gandum

Bahan bancuhan tepung goreng:

  • 3 sb tepung gandum
  • 3sb tepung beras
  • 3sb tepung jagung
  • ¼sk garam
  • 1sb gula
  • Sedikti serbuk kunyit
  • 1sb majerin/butter
  • 1sk air kapur

Cara-cara:

  1. Masukkan kacang ke dalam periuk beserta air. Rendam dulu lebih kurang 2 hingga 4 jam.
  2. Selepas selesai rendam, bilas dan gantikan dengan air baru dan rebus kacang ini dengan sehelai daun pandan.
  3. Bila kacang dah lembut, akan nampak ia jadi pecah-pecah. Bila dah jadi begini, keluarkan daun pandan dan air (jika air masih banyak). Jangan keluarkan sampai air kering.
  4. Masukkan gula merah, gula pasir, kelapa parut dan sedikit garam.
  5. Selepas itu, masukkan pula tepung gandum dan kacau sampai dia mengental dan kering.
  6. Kemudian, alihkan ke dalam bekas lain dan biarkan sejuk seketika,
  7. Ambil 1 scoop kecil adunan (jangan terlalu besar) dan uli sampai bulat. Tekan sikit nak bagi leper dan susun atas loyang.
  8. Sediakan tepung gandum, tepung beras, tepung jagung, garam, gula, sedikit serbuk kunyit, majerin/butter, air kapur dan sedikit air sejuk (air+batu ais) dalam satu mangkuk. Ini untuk bancuhan tepung menggoreng. Pastikan jangan terlalu cair dan terlalu pekat.
  9. Panaskan minyak. Celupkan adunan kacang ke dalam bancuhan tepung tadi dan masukkan ke dalam minyak.
  10. Goreng sehingga masak dan kulit tepung bertukar warna, boleh angkat dan toskan minyak.
  11. Sedia untuk dihidangkan!

Sumber: Dea Noorfaizura

Baca juga: Resipi Kuih Sagu Yang Sedap & Tak Lembik, Sukatan Kecil Untuk 2-3 Orang Makan

The post Cara Mudah Buat Kuih Kasturi, Kulit Luar Rangup & Tak Liat Walaupun Sejuk! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan