Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

2 agensi China hantar 450,000 pelancong ke Malaysia-MOTAC

KUALA LUMPUR – Dua agensi pelancongan di China telah menandatangani perjanjian dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk menghantar seramai 450,000 pelancong ke Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, perjanjian berkenaan dibuat ketika mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China pada 29 Mac dan berada di sana sehingga 11 April untuk mempromosi pelancongan negara.

“Kita berjaya menandatangani perjanjian dengan dua agensi pelancongan di sana. Satu agensi akan membawa masuk 350,000 dan satu lagi akan membawa masuk 100,000 orang.

“Kita sebenarnya telah berjumpa dengan beberapa agensi pelancongan tetapi ada yang tidak berjaya menyiapkan kertas kerja.

“Sehubungan itu, kedua-dua agensi telah meminta Malaysia menangani dua perkara terlebih dahulu iaitu berkaitan prosedur permohonan visa lebih mudah serta kapasiti penumpang penerbangan,” katanya kepada media ketika Majlis Iftar Bersama Diplomat Asing Malaysia di Hotel Pavilion, di sini, petang tadi.

Justeru, pihaknya akan mengadakan beberapa siri pertemuan dengan pihak berkuasa berkaitan seperti Jabatan Imigresen berhubung perkara itu untuk mencapai sasaran lima juta ketibaan pelancong dari China pada tahun ini.

Majlis berkenaan turut dihadiri Setiausaha Agung MOTAC, Datuk Hajah Saraya Arbi, Pesuruhjaya Tinggi dan Duta besar yang mewakili 63 negara.

Selain mempamerkan masakan Malaysia, acara itu turut mengetengahkan elemen Kesenian dan budaya Malaysia seperti persembahan muzik tradisional Malaysia alat gambus dan sape, serta pameran kraftangan songket tempatan, batik dan ukiran kayu oleh Kraftangan Malaysia.

“Saya berharap agar kita dapat memperkukuhkan lagi kerjasama kita dalam memasarkan dan mempromosikan penawaran pelancongan negara kita kepada dunia, terutamanya dalam bersiap sedia untuk Tahun Melawat Malaysia (TMM) pada tahun 2025.

“Tahun ini, kita menyasarkan untuk menerima 16.1 juta pelancong dan menjana RM49.2 billion.

“Seterusnya, pada tahun 2025 pula, kita ramal seramai 23.5 juta ketibaan pelancong dengan RM76.8 billion dalam penerimaan pelancongan,”ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

The post 2 agensi China hantar 450,000 pelancong ke Malaysia-MOTAC appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!