Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Pakar Bina Replika Wajah Wanita Purba

Pakar Bina Replika Wajah Wanita Purba

Arab Saudi mempamerkan replika wajah seorang wanita Nabataean purba selepas beberapa tahun ahli sejarah dan ahli arkeologi cuba melakukannya.

CNN melaporkan, pembinaan replika wajah wanita purba itu adalah yang pertama seumpamanya.

Ia berdasarkan model tinggalan Hinat, seorang wanita Nabataean yang ditemukan pada 2015 di sebuah kubur berusia 2,000 tahun di Hegra.

Hegra adalah tapak arkeologi yang terletak di bandar oasis purba al-Ula, di barat laut Arab Saudi.

Dibiayai oleh Suruhanjaya Diraja untuk al-Ula, pembinaan replika wajah wanita purba itu bermula di United Kingdom (UK) pada 2019.

Pasukan pakar terdiri pelbagai disiplin membina semula serpihan tulang yang ditemukan di dalam kubur untuk membina semula imej penampilan wanita purba itu menggunakan data antropologi dan arkeologi.

Seorang pengukir kemudian menggunakan pencetak tiga dimensi (3D) untuk menghidupkan wajahnya.

Orang Nabataean adalah tamadun Arab kuno yang mendiami utara Arab dan Levant lebih 2,000 tahun dahulu. Bandar Petra purba di Jordan adalah ibu kota kerajaan mereka, menjadi hab perdagangan antarabangsa terpenting zaman itu untuk urus niaga komersial termasuk industri rempah ratus, perubatan dan fabrik, yang difasilitasi oleh orang Nabataean.

Hegra yang dibuka pada 2020 sebagai tapak pelancongan adalah Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) dan pernah menjadi hab perdagangan antarabangsa yang berkembang pesat termasuk menjadi penempatan kepada penduduk Nabataean.

Tamadun Nabataean tidak meninggalkan teks sejarah yang penting.

Maklumat mengenai tamadun itu datangnya daripada inskripsi pada makam dan batu di seluruh Timur Tengah, atau daripada penemuan arkeologi.-hmetro

The post Pakar Bina Replika Wajah Wanita Purba appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!