Resepi Tepung Kelapa Homemade, Boleh Buat Macam-Macam Menu Dengannya
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ada yang suka buat sendiri bahan masakan di rumah kerana lebih terjamin dan puas hati. Kali ini, kami nak kongsikan resepi tepung kelapa homemade yang sangat berguna.
Tepung kelapa diperbuat daripada parutan kelapa yang sudah dikeringkan serta kaya dengan serat dan rendah karbohidrat, menjadikannya pilihan terbaik buat mereka yang sedang berdiet.
Kami terjumpa satu video yang dikongsikan oleh ummuZALiNA di YouTube dan berpendapat resepi tepung kelapa homemade ini pasti berguna untuk anda di rumah. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Kaya Versi Homemade Tanpa Pengawet, Lebih Sedap Dan Asli
RESEPI TEPUNG KELAPA HOMEMADE
Bahan-bahan:
- Sebiji kelapa parut
- 4 cawan air masak suam
- 2½ cawan air masak biasa
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, kisar sebiji kelapa parut bersama 2 cawan air masak suam.
2. Selepas itu, perahkan lebihan santan ke dalam mangkuk.
3. Kemudian, kisar sekali lagi dengan 2 cawan air masak suam.
4. Setelah itu, perahkan lebihan santan lagi sekali.
5. Seterusnya, kisar untuk kali ketiga bersama 2½ cawan air masak biasa.
6. Sekali lagi, perah lebihan santan dan ambil serbuknya saja, kemudian letak atas kuali non-stick.
7. Jika cuaca panas, jemur di luar selama beberapa jam.
8. Selepas dijemur, panaskan di atas dapur dengan menggunakan api paling perlahan.
9. Sambil-sambil itu, kerap gaul untuk bagi sekata sekitar 25 hingga 30 minit.
10. Apabila serbuknya sudah agak kering, padam api dan sejukkan selama 15 minit. Setelah sejuk, tapiskan dan letak dalam bekas. Siap untuk digunakan!
Anda b0leh gunakan hasil daripada resepi tepung kelapa homemade ini untuk buat pelbagai jenis masakan yang sedap serta lebih asli dengan air tangan sendiri di rumah.
Antara resepi yang boleh dibuat dengan menggunakan tepung kelapa adalah seperti lempeng, kek, roti, cekodok, apam dan banyak lagi. Oleh kerana ia mudah berderai, jadi boleh campurkan dengan sedikit tepung beras juga.
Selamat mencuba!
Sumber: ummuZALiNA
Baca juga: Resepi Rempah Kari Homemade, Boleh Simpan Dalam Bekas Siap-Siap!
The post Resepi Tepung Kelapa Homemade, Boleh Buat Macam-Macam Menu Dengannya appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan