Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Cara DIY Daun Jambu Batu Jadi Masker Muka, Confirm Mulus & Licin Macam Kulit Telur!

Buah jambu batu boleh menjaga kesihatan seperti mengurangkan kolesterol, meningkatkan kesihatan jantung, dan mengurangkan sakit ketika datang bulan. Bahagian lain seperti daun jambu batu pula dapat dijadikan masker untuk kekal cantik dan berseri-seri.

Cara penyediaannya mudah sahaja dan tidak memerlukan bahan yang banyak. Lebih jimat duit kerana tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk miliki wajah licin seperti kulit telur.

Baca juga: 8 Bahan Semula Jadi Boleh Hilangkan Luka Hitam Anggota Badan, No.5 Paling Tak Sangka!

MASKER DAUN JAMBU BATU UNTUK MUKA KEKAL CANTIK

DAUN JAMBU BATU

Sekiranya anda memiliki kulit muka berminyak, cuba cara ini:

Bahan-bahan:

Cara-caranya:

1. Kisar daun jambu batu dengan air sehingga pekat.

2. Ambil dua sudu adunan dan campurkan dengan 2 sudu besar jus lemon.

3. Sapukan adunan masker pada kulit dan biarkan selama 30 minit.

4. Bilas dengan air sejuk dan keringkan muka.

Jika anda mengalami masalah jerawat dan parut hitam, boleh cuba cara ini.

Bahan-bahan:

  • Beberapa helai daun jambu batu
  • 5 sudu besar air
  • Sedikit kunyit
  • 1 sudu besar gel aloe vera

Cara-caranya:

1. Kisar daun jambu batu dengan air sehingga pekat.

2. Ambil 1 sudu adunan dan campurkan dengan 1 sudu gel aloe vera daan sedikit kunyit.

3. Kacau sehingga sebati dan sapu pada muka.

4. Biarkan selama 20 minit dan bilas menggunakan air sejuk.

KELEBIHAN YANG TIDAK DISANGKA-SANGKA

Kandungan daun jambu batu:

  • Kalium (mineral)
  • Fosfor
  • Asid askorbik atau vitamin C
  • Anti oksidan
  • Flavonoid

Antara kelebihannya adalah:

1. Kurangkan bengkak

Daun jambu batu bersifat anti radang jadi, ia boleh membantu mengurangkan bengkak pada bahagian muka.

2. Menghaluskan kulit muka

Selain mengurangkan bengkak, ia juga berfungsi untuk menghaluskan kulit muka kerana kandungan anti mikrob yang mampu melawan keradangan dan jangkitan kulit.

3. Buang sel kulit mati

Kelebihan jambu batu yang seterusnya adalah mengecilkan pori-pori muka, membuang sel kulit mati dan merawat kulit supaya bebas dari sebarang jerawat.

4. Redakan keradangan

Sekiranya anda memiliki kulit muka yang sensitif, daun jambu batu boleh membantu meredakan keradangan.

5. Bertindak sebagai anti oksidan

Khasiat daun jambu batu adalah mempunyai kandungan anti oksidan yang tinggi. Ini bermakna ia boleh menlindungi kulit dan sel-sel dalaman daripada rosak.

Jadi, jangan risau kalau muka timbul jerawat atau ada parut hitam, buat sendiri sahaja masker daun jambu batu seperti perkongsian di atas.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Wow! Muka Kekal Glowing & Awet Muda Kalau Minum Air Ini, Cubalah Mesti Berbeza

Sumber: Yoona ID

The post Cara DIY Daun Jambu Batu Jadi Masker Muka, Confirm Mulus & Licin Macam Kulit Telur! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!