Resepi Daging Masak Hitam, Gaul Dengan Bawang Goreng Baru Sedap Menyengat!

Imej
https://ift.tt/2p1LYrZ Sebelum menyambut Hari Raya yang bakal tiba, kenalah cuba kemahiran memasak dahulu. Jadi untuk lauk berbuka hari ini, anda boleh masak resepi Daging Hitam yang sedap. Daging Masak Hitam terkenal dengan rasanya yang kaya dan sedikit pedas. Biasanya, ia dimasak menggunakan potongan daging yang empuk dan dimasak perlahan bersama rempah. Jaja Noriza telah kongsikan rahsia dalam resepi Daging Hitam di Facebook yang ternyata mendatangkan hasil sungguh lazat tak terhingga. Jom kita cuba! Baca juga: Air Asam Daging, Lauk Tunggu Gaji Ini Buat Orang Terliur Hirup Kuahnya RESEPI DAGING HITAM Bahan-bahan: 1kg daging (diperap dengan kicap pekat, kicap manis dan sedikit gula) 1kg bawang goreng (lebih sedap bawang digoreng sendiri, guna bawang kecil lebih sedap) 1 senduk cili kisar (jika suka pedas , boleh lebihkan) Kicap pekat Kicap manis Air asam jawa Kicap masin Garam dan gula secukupnya Air Minyak masak (untuk menumis) Cara-cara memasak: 1. Mula-...

Aidilfitri dirai bukan ditangisi

Hari Raya Aidilfitri adalah perayaan utama bagi umat Islam di seluruh dunia. Ia disambut sebagai menandakan berakhirnya bulan suci Ramadan.

Di Malaysia, perayaan ini turut dikenali sebagai Hari Raya Puasa dan Hari Lebaran. Istimewanya, kehadiran 1 Syawal bukan hanya disambut oleh kaum Melayu, tetapi turut dimeriahkan oleh masyarakat pelbagai kaum.

Pendek kata, Aidilfitri sudah menjadi perayaan bagi 32 juta rakyat Malaysia. Pada pagi raya, umat Islam akan berpakaian baharu dan cantik untuk bersolat di masjid.

Bagi mereka yang kehilangan insan tersayang terutama ibu bapa, Aidilfitri itu mungkin tidak seindah dahulu. Kenangan akan mengusik jiwa saat takbir bergema. Saat itu, banyak air mata mengalir. Bukan disebabkan rasa sedih, tetapi asbab kerinduan kepada mereka yang sudah tiada.

Bagi menghilangkan rasa rindu, aktiviti mengunjungi tanah perkuburan biasa dilakukan pada pagi 1 Syawal. Selepas itu, umat Islam akan menziarahi rumah sanak saudara, meminta ampun daripada orang tua, ahli keluarga dan rakan-rakan.

Itu istimewanya Aidilfitri. Segala persengketaan keluarga, permusuhan rakan dan pertelingkahan adik-beradik akan terlerai. Semua kembali bersatu atas semangat kekeluargaan.

Namun, dalam dunia yang serba canggih ketika ini, Aidilfitri itu mungkin sedikit berbeza. Anak-anak lebih banyak menghabiskan masa bersama telefon pintar. Yang mungkin tidak berubah adalah aktiviti membakar mercun dan bermain bunga api.

Bagi si anak gadis, rutin itu mungkin sama – menolong orang tua di dapur selain mengemas dan menghias rumah. Si anak teruna pula, akan berpelesiran keliling kampung. Bertemu rakan yang bertahun tidak bersua.

Biasanya, mereka akan berkonvoi motosikal. Cumanya, ada yang sedikit nakal, menjadikan malam Aidilfitri untuk beradu kehebatan di litar haram.

Apa pun yang dilakukan, ia adalah sebahagian daripada suasana Aidilfitri. Selepas berbulan-bulan, atau bertahun lamanya menjadi perantau, inilah masa terbaik untuk kembali ke asal usul. Kegembiraan dan keseronokan itu dijelmakan dalam pelbagai cara.

Bagaimanapun, dalam kita asyik bergembira, banyak perkara yang perlu diberi perhatian. Ia berkisar tentang keselamatan diri dan ahli keluarga. Jangan sesekali buat perkara yang boleh merisiko nyawa. Sedihnya bukan hanya untuk tahun ini, tetapi mimpi ngeri itu akan dikenang setiap kali tibanya bulan Syawal.

Yang suka memandu jauh, berhati-hati di jalan raya. Ikut peraturan dan jangan sesekali lalai. Yang suka bermandi-manda di sungai mahupun pantai, beringatlah akan risiko ketika berada di dalam air. Si anak kecil jangan dibiarkan bersendirian, bermain bunga api dan mercun sehingga boleh membakar diri.

Jadikanlah Aidilfitri tahun ini sebagai Aidilfitri terbaik buat kita. Semoga ia memberi seribu satu kenangan buat seluruh ahli keluarga.

Di akhirnya, Aidilfitri itu bukan soal kegembiraan semata-mata, tetapi ia berkisar tentang bagaimanapun kita menyuarakan rasa syukur atas segala nikmat yang Allah telah berikan.

The post Aidilfitri dirai bukan ditangisi appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!