Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Rebutlah Malam Lailatul Qadar Dengan Lakukan 19 Amalan Sunat Yang Dianjurkan Ini

Umum mengetahui, Lailatul Qadar adalah satu daripada malam-malam ganjil pada 10 malam terakhir Ramadan namun, tidak semua dalam kalangan kita bertuah dan dipilih oleh Allah untuk menyaksikan kemulian malam tersebut.

Memburu Lailatul Qadar yang merupakan sebuah malam yang lebih baik dari seribu bulan adalah satu perbuatan yang dituntut. Jadi, di bawah kami kongsikan 19 amalan malam Lailatul Qadar anda boleh lakukan untuk meraih pahala dan kebaikan.

Baca juga: Nampak Macam Tak Ada Apa-Apa, Rupanya Berdosa Upload Gambar Makanan Sebelum Berbuka!

19 AMALAN MALAM LAILATUL QADAR ANDA BOLEH LAKUKAN

AMALAN MALAM LAILATUL QADAR

Daripada Abdullah Ibn Umar R.anhuma beliau berkata bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:

تَحَيَّنُوا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ

Maksudnya: Carilah lailatul qadr itu pada 10 malam yang terakhir (bulan Ramadan). Riwayat Muslim (1165)

Berikut merupakan antara amalan pada malam Lailatul Qadar yang boleh dilakukan:

1. JANGAN MAKAN BANYAK 

Makan ala kadar sahaja.

2. SUNGGUH SUNGGUH MULAKAN MALAM LAILATUL QADAR DENGAN TAUBAT 

Jangan minta panjang umur dulu, Jangan minta murah rezeki dulu. Mulakan dengan taubat kepada dosa yang lepas. Taubat itu kembali kepada Allah dan mengaku kepada Allah. Kita meminta keampunan bagi mendekatkan diri dengan Allah Taala. 

3. PERBANYAKKAN DOA 

Ada setengah pandangan, malam Lailatul Qadar doa adalah lebih hebat daripada ibadat. Maka, perbanyakkan doa.

4. BERHADAPAN DENGAN ALLAH TAALA DENGAN SELURUH ANGGOTA 

Kita menghadap Allah dengan penuh jiwa raga. Malam Lailatul Qadar khas untuk Allah sahaja. Jangan ada dalam hati kita selain daripada Allah.

Kadang kala rezeki kita sempit, mungkin kerana kurangnya pengampunan kita kepada Allah Taala.

5. JAUHKAN DIRI DARI KESERABUTAN DUNIA 

Persediaan kuih dan segala apa sahaja persiapan buatlah lebih awal sebelum masuknya 10 malam terakhir Ramadan.

6. FOKUS KEPADA PERLAKSANAAN IBADAH 

Fokus kepada menjiwai ibadat. Jangan fokus nak banyakkan ibadat. Nak habiskan ibadah dan baca al-Quran dengan banyak. Jangan fikir untuk habiskan tapi fikir bagaimana untuk melaksanakannya dengan keikhlasan.

AMALAN MALAM LAILATUL QADAR

7. IKHLAS BERDOA DAN QIAM 

8. JAGA TUBUH BADAN UNTUK SENTIASA ADA DALAM KEADAAN BERSIH

9. SEMATKAN DALAM DIRI KEYAKINAN SETIAP KALI KITA DOA ALLAH TAALA TERIMA DOA KITA 

Bila kita ada keyakinan, kita akan makin bersemangat untuk berdoa kerana kita tahu Allah itu maha menerima pada segala doa kita.

10. MEMPERBANYAKKAN DOA YANG NABI AJAR PADA AISYAH 

Doa yang diajar Nabi pada malam Lailatul Qadar:

اللْهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku” 

11. DOA PADA ALLAH DIREZEKIKAN DENGAN REZEKI YANG HALAL 

12. DOA UNTUK ANAK KETURUNAN ZURIAT & PASANGAN 

Masuk syurga seronok dengan pasangan dan ahli keluarga kita. Kita akan sedikit sedih kalau kita sahaja yang masuk syurga, maka berdoalah untuk pasangan dan anak anak kita supaya diampunkan dosa dan dimasukkan bersama dalam syurga.

13. BANYAK BERDOA KETIKA SUJUD (PANJANGKAN SUJUD) 

Panjangkan sujud setakat yang mampu dan sebaik-baik doa itu adalah doa ketika sujud.

14. JANGAN SIA SIA KAN SATU DETIK PADA MALAM LAILATUL QADAR DENGAN KITA MELAKUKAN YANG LUAR DARI PENGABDIAN 

Pastikan setiap detik pada malam itu untuk menguntungkan akhirat kita. Dapatkan rahmat Allah dan apa yang Allah hidangkan pada malam itu.

AMALAN MALAM LAILATUL QADAR

15. JANGAN TINGGAL BACA AL QURAN 

Ambil al-Quran dan baca. Baca apa yang kita ingat. Walaupun Al-Ikhlas mahupun Al-Fatihah.

16. HIDUPKAN MALAM LAILATUL QADAR BERPANJANGAN SEHINGGA TERBIT MATAHARI .

17. JANGAN LUPA BERSYUKUR 

18. JANGAN LUPA SEDEKAH 

19. NIAT IKTIKAF DI MASJID 

Nabi beriktikaf di masjid pada 10 akhir Ramadhan dan Nabi tidak keluar daripada masjid melainkan ada urusan. Amalan iktikaf juga disertai oleh para sahabat.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Facebook Ummu Aqidah & Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

The post Rebutlah Malam Lailatul Qadar Dengan Lakukan 19 Amalan Sunat Yang Dianjurkan Ini first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!