Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

PKS tingkat pengambilan pekerja

PETALING JAYA – Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini akan meneruskan pengambilan pekerja meskipun dalam suasana pertumbuhan ekonomi global yang lebih perlahan, menurut Indeks PKS suku tahun keempat 2022 oleh firma perkhidmatan sumber manusia, BrioHR.

Indeks berkenaan berdasarkan data daripada lebih 20,000 pekerja pada platform BrioHR bagi menilai keadaan pekerjaan dalam sektor PKS.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Benjamin Croc berkata, PKS ­tempatan ­lebih komited untuk berjaya ­tahun ini dan data menunjukkan mereka telah mengatasi jangkaan dan terus mengembangkan ­tenaga kerja sebanyak tiga ­peratus ­berbanding suku se­belumnya.

“Ini berlaku merentasi banyak sektor, terutamanya dalam sektor makanan dan minuman. Sektor ini adalah yang paling teruk dilanda pandemik, jadi hakikat bahawa mereka kini mengambil lebih banyak pekerja menunjukkan bahawa pasaran sedang pulih,” katanya dalam satu kenya­taan baru-baru ini.

Menurut Croc, perniagaan te­lah mengambil pelbagai langkah untuk menyokong pekerja ketika inflasi terus meningkat dan ancaman kemelesetan ekonomi semakin ketara.

Jelasnya, tinjauan tahunan Jumlah Saraan Mercer 2022 menyebut, kenaikan gaji median Malaysia melebihi purata Asia Pasifik pada 4.4 peratus.

“Berdasarkan penemuan firma perkhidmatan kewangan Aon, kenaikan gaji median 2023 merentas industri ialah 6.8 peratus untuk Indonesia, 5.1 peratus untuk Malaysia, enam peratus untuk Filipina, 4.7 peratus untuk Singapura, 5.1 peratus untuk Thailand dan 7.9 peratus untuk Vietnam.

“Sektor PKS Malaysia juga telah meningkatkan gaji pekerjanya sejak suku pertama 2022,” ujarnya.

Beliau menambah, berdasarkan model makro global Trading Economics dan jangkaan penganalisis, purata gaji rakyat Malaysia diunjurkan kepada sekitar RM3,670/bulan tahun ini dan RM3,920 pada 2024.

 

The post PKS tingkat pengambilan pekerja appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!