Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Guru Pusat Jagaan Ditahan Polis Kerana Tendang & Pukul Kanak-Kanak Autisme

Terbaharu, polis menahan seorang guru sebuah pusat jagaan kanak-kanak kerana menendang dan memukul kanak-kanak autisme berusia 6 tahun.

Siapa sangka, pusat jagaan kanak-kanak yang disangka menjadi tempat selamat untuk anak-anak terutama anak istimewa, menjadi tempat yang memberikan pengalaman ngeri buat mereka!

Baca juga: Bayi Usia 12 Bulan Ditemui Merangkak Tepi Lebuh Raya, Si Abang Sudah Dibunuh Ibu Sendiri

GURU PUSAT JAGAAN TENDANG, PUKUL KANAK-KANAK AUTISME

kanak-kanak autisme

Kejadian yang berlaku di Petaling Jaya, Selangor ini mengejutkan ramai dan mengundang geram terhadap perbuatan guru tersebut.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar@Ismail berkata, pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh bapa kanak-kanak lelaki berkenaan semalam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kanak-kanak terbabit ditendang dipukul dan ditarik secara kasar sehingga terjatuh dari kerusi. Malah, menurut laporan Harian Metro, terdapat juga kesan gigitan di tangan kanak-kanak berkenaan. Susulan dari laporan yang diterima, polis melakukan tangkapan terhadap lelaki tempatan berusia 32 tahun di kediamannya di Ampang.

“Lelaki terbabit adalah guru di sebuah pusat jagaan kanak-kanak berkenaan. Siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana disyaki melakukan pengabaian terhadap kanak-kanak. Oleh itu disarankan kepada orang ramai, yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh tampil ke mana-mana balaik polis untuk membantu siasatan.

*Tergamaknya hati seorang guru!

Baca juga: Ibu Kongsi Teknik Ajar SEMUA Anak Lelaki Rajin Buat Kerja Rumah Seawal Usia 8 Tahun!

Sumber: Harian Metro

The post Guru Pusat Jagaan Ditahan Polis Kerana Tendang & Pukul Kanak-Kanak Autisme first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!