Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Satelit Terhempas Dengan Sengaja Dan Selamat

Satelit Terhempas Dengan Sengaja Dan Selamat

Aeolus, sebuah kapal angkasa satelit pemantauan cuaca yang dibina United Kingdom terhempas ke Lautan Atlantik, nahas yang disengajakan dalam misi pertama seumpamanya.

Yahoo!News melaporkan dalam keadaan biasa, Aeolus secara semula jadi akan jatuh semula ke Bumi selepas terbakar di atmosfera planet apabila mencapai ketinggian sekitar 50 batu (kira-kira 80 kilometer).

Kira-kira 7 malam waktu United Kongdom (UK) pada Jumaat, Pejabat Serpihan Angkasa Agensi Angkasa Eropah (ESA) berkata, Aeolus sudah memasuki atmosfera, menjadikannya kali pertama ‘satelit mati’ dipandu untuk dibantu bagi terhempas dengan sengaja di Bumi.

Aeolus, satelit yang selama ini menyediakan data berharga kepada pusat cuaca di seluruh Eropah sejak 2018, berjaya dibantu ke destinasi terakhirnya oleh pengawal misi di ESA.

Simulasi oleh ESA sebelum nahas mencadangkan beberapa serpihan mungkin terselamat daripada terbakar, walaupun risiko ia menyebabkan sebarang kerosakan adalah kecil.

Agensi angkasa lepas itu memutuskan untuk menggunakan sedikit bahan api yang tinggal di kapal itu untuk mengarahkan Aeolus kembali ke Bumi.

Ia juga berhasrat untuk mengumpul data untuk kemasukan semula satelit masa depan sambil menetapkan usaha itu sebagai perintis untuk diikuti oleh negara dan organisasi lain.

ESA berkata, pasukan kawalan misi Aeolus di Jerman kini selesai selepas seminggu menjalankan operasi yang kompleks itu.

“Mereka sudah melakukan semua dirancang dalam apa yang disifatkan adalah kemasukan bantuan yang pertama seumpamanya,” katanya.

Kapal angkasa Aeolus seberat 1,360 kilogram dibina Airbus Defense and Space di Stevenage, Hertfordshire, England, dan mengumpul profil data angin Bumi, dalam skala besar.

Aeolus dijadualkan bertahan selama tiga tahun tetapi ia melebihi jangkaan itu untuk tempoh hampir dua tahun.-hmetro

The post Satelit Terhempas Dengan Sengaja Dan Selamat appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!