Pening Hari-Hari Cium Bau Badan Kawan Ini Cara Tegur Paling SELAMAT
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Pening kepala betul kalau ada rakan sekerja yang bau badan busuk. Nak tegur tapi tak sampai hati kerana takut tersinggung hingga menyebabkan putus kawan.
Jangan risau, ada cara paling selamat untuk tegur bau badan seseorang tanpa menguris hati mereka. Confirm berkesan punya lah!
Baca juga: Tiap Hari Tak Sah Kalau Tak Makan Kentang Goreng Tapi Sebenarnya…
CARA TEGUR KAWAN BAU BADAN BUSUK, TAK TAHAN DAH
Individu yang mempunyai badan berbau busuk, tidak dapat menyedari mereka ada masalah itu jika tidak diberitahu. Tetapi teguran tentang bau badan boleh menjadi sangat sensitif. Berikut adalah beberapa cara yang boleh dilakukan:
1. Pilih masa & tempat yang sesuai
Cari ruang peribadi dan selesa di mana anda boleh bercakap mengenai hal ini. Penting untuk menjaga maruah dan mengelakkan memalukan mereka.
2. Berhemah & lembut
“Saya perasan sesuatu, dan saya fikir saya patut memberitahu anda kerana saya mengambil berat tentang anda.” Pendekatan ini mengelakkan bunyi menuduh atau menghakimi.
3. Fokus pada isu khusus
“Saya perasan bau yang kuat semasa kami bekerja rapat semalam, dan saya mendapati ia agak mengganggu.”
4. Bau badan busuk – Tawarkan sokongan & penyelesaian
Beritahu orang itu bahawa anda bersedia membantu. Cadangkan penyelesaian praktikal seperti menggunakan antipeluh atau deodoran, mengamalkan kebersihan yang baik, memakai pakaian bersih atau mendapatkan nasihat perubatan jika perlu.
5. Dengar & fahami
Beri orang itu peluang untuk memberi penjelasan. Mungkin mereka mempunyai sebab untuk bau badan, seperti keadaan perubatan atau kesan sampingan ubat.
Ingat, adalah penting untuk mendekati perbualan dengan empati, rasa hormat dan kebaikan. Setiap orang mempunyai sensitiviti mereka, jadi berhati-hati dengan perasaan orang itu dan bersedia untuk reaksi yang berbeza.
Baca juga: 13 Makanan Ini Tak Boleh Simpan Dalam Peti Ais, Tapi Ramai Yang Dah Buat
Punca bau badan busuk
Setiap kali berpeluh pasti akan mengeluarkan bau badan yang tidak menyenangkan. Antara punca badan berbau busuk adalah: menjejaskan bau badan ialah:
- Senaman
- Stres
- Cuaca panas
- Berat badan berlebihan
- Genetik
- Tak pakai deodoran
Selain faktor di atas, penyakit seperti di bawah juga boleh menyebakan badan seseorang berbau busuk
- Kencing manis
- Gout
- Menopaus
- Tiroid yang terlalu aktif
- Penyakit buah pinggang
- Penyakit berjangkit
Dapatkan rawatan doktor sekiranya bau badan terlalu busuk sehingga mengganggu persekitaran. Jangan biarkan kerana ia mungkin disebabkan oleh penyakit.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Sedap Memang Sedap Tapi Bahaya Kalau Campur Dua Makanan Ini
Sumber: Facebook Public Health Malaysia & Cleveland
The post Pening Hari-Hari Cium Bau Badan Kawan, Ini Cara Tegur Paling SELAMAT first appeared on SirapLimau.com.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan