Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Tipu Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar

Tipu Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar

Seorang remaja lelaki dirujuk kepada pendakwa raya pada Khamis kerana didakwa menggunakan cermin mata pintar yang dilengkapi kamera untuk menipu dalam peperiksaan kemasukan universiti dengan mengambil gambar soalan dan berkongsi dengan netizen, lapor agensi berita Kyodo.

Remaja berusia 18 tahun itu yang menduduki peperiksaan untuk Universiti Waseda berprestij di Tokyo pada Februari, didakwa meminta beberapa individu di platform X untuk menjadi “tutor dalam talian” untuknya terlebih dahulu dan memberikan beberapa ribu yen setiap orang dalam pembayaran elektronik untuk bantuan mereka semasa peperiksaan, menurut polis.

“Saya kesal dengan salah laku saya, yang lebih teruk daripada menipu,” kata remaja itu, yang akhirnya tidak diterima, dipetik sebagai berkata oleh polis, menjelaskan bahawa dia telah menulis jawapannya berdasarkan respons yang diterimanya.

Menurut pihak universiti, individu yang memberikan jawapan kepada pelajar tersebut tidak menyedari bahawa soalan itu adalah daripada peperiksaan kemasukan ke universiti yang sebenar.

Remaja itu yang merupakan pelajar sekolah menengah atas di Tokyo pada masa kejadian didakwa, melanggar peraturan universiti swasta itu dengan mengambil gambar kertas peperiksaan dan memuatnya ke platform X dengan telefon pintarnya pada 16 Februari semasa ujian kemasukan untuk Sekolah Sains dan Kejuruteraan Kreatif.

Cermin mata pintar itu dapat menghantar imej ke telefon pintarnya, yang disembunyikan dalam poket seluarnya, menurut polis.

Universiti menghubungi polis selepas seorang pegawai menyedari adanya kamera kecil pada bingkai cermin matanya ketika dia datang untuk ujian lain bagi Sekolah Perdagangan institusi itu pada 21 Februari.

Universiti Waseda dalam laman webnya pada Khamis berkata, ia mengemukakan aduan jenayah kepada polis kerana bimbang penipuan serupa boleh berlaku di universiti lain, selain kesukaran untuk menyiasat insiden tersebut secara dalaman.

“Kami akan bertindak keras dan berusaha mengekalkan persekitaran ujian masuk yang adil dan saksama,” katanya.-hmetro

The post Tipu Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!