Cara Masak Mee Bandung Simple Berkuah Pekat, Masukkan Bahan Rahsia ‘Ini’

Imej
https://ift.tt/46lLDaW Musim hujan pada waktu petang membuatkan ramai teringin berbuka puasa dengan hidangan berkuah yang hangat. Oleh itu, anda boleh cuba cara masak Mee Bandung yang simple ini. Mee Bandung adalah hidangan mee paling popular di Malaysia yang berasal dari Johor. Gandingan mee kuning bersama telur dan kuah pekat mampu membuat selera terangkat. Cara masak Mee Bandung ini dikongsikan oleh Halimatussaadiah Sidek di Facebook bersama rahsia kuah yang pekat dan sedap dihirup. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Mee Kuning Homemade ‘Gluten-Free’, Tak Pakai Tepung Gandum Pun Menjadi! CARA MASAK MEE BANDUNG Bahan kisar: 2 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 10 tangkai lada kering (kurangkan jika tak nak pedas) 2 paket udang kering Bahan-bahan lain: ½kg mee kuning Segenggam kacang tanah (goreng dan tumbuk) 2 sudu tepung gandum (bancuh dengan air biar cair) Gula Garam Ajinomoto Daging Sotong Udang (ikut suka) Sawi Lobak merah Tauhu Daun sup Bawang g...

Ayam Cili Daun Kesum, Ini RAHSIA Lauk Harum Semerbak Aromanya

https://ift.tt/gehCGsM

ayam cili daun kesum

Ayam Cili Daun Kesum merupakan hidangan yang mempunyai rasa pedas, harum dan masam.

Hidangan ini diperbuat daripada beberapa ketulan ayam yang digoreng dahulu, kemudian dimasak bersama cili merah, daun kesum (juga dikenali sebagai daun laksa), serai, bawang merah dan bawang putih.

Daun kesum, juga dikenal sebagai daun laksa, adalah daun aromatik yang memberikan aroma khas pada lauk ini. Daun ini memiliki aroma yang segar dan sedikit bersifat citrus. 

Baca juga: Daging Goreng Cili Api, Cara SENANG ‘Bak Hang’ Ikut Resipi Ini

Antara bahan rahsia yang menyedapkan lagi lauk ini adalah dengan menambahkan minyak sapi untuk menaikkan lagi aromanya. 

Berikut adalah resipi yang boleh dicuba menerusi perkongsian dari Adikfoods. 


RESIPI AYAM CILI DAUN KESUM

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan-bahan kisar:

  • 5 biji cili merah besar
  • 11 biji cili padi merah
  • 11 biji cili padi hijau
  • 15 biji bawang merah kecil
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 2 in halia
  • 1 in lengkuas

Cara-cara memasak:

1. Cairkan minyak sapi, goreng ayam yang digaul garam dan kunyit sehingga masak keperangan. Ketepikan.

2. Bahan kisar ditumis hingga wangi dengan minyak sapi. Masukkan gula perang tumiskan sehingga naik minyak.

3. Perasakan dengan sos tiram, garam, pati ayam dan masukkan sedikit air.

4. Masak dan gaul-gaul sehingga sebati. Masukkan ayam yang digoreng tadi, dua cekak daum kesom dan bawang besar. Gaul sebati.

5. Bila dan sebati, perahkan limau dan masukkan dua sudu minyak sapi biarkan cair sendiri tak perlu dikacau.

6. Siap dihidang.

Video penuh:


Selamat mencuba resipi Ayam Cili Daun Kesum ini.

Sumber: Adikfoods

Baca juga: Ayam Goreng Cili Halia Masam Manis, Simple Sangat Cara Buatnya!

The post Ayam Cili Daun Kesum, Ini RAHSIA Lauk Harum Semerbak Aromanya appeared first on MyResipi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!