Langkau ke kandungan utama

Resepi Gulai Lemak Ayam Mak Mentua, Kuah Berlemak Sampai Ada Rasa Macam Rendang

Imej
https://ift.tt/yAsOu68 Versi resepi gulai lemak ayam dari Perak ini lain daripada biasa. Kuahnya pekat, wangi daun kunyit, dan kombinasi santan dengan kerisik membuatkan gulai ini sangat sedap. Cili kering kisar digunakan, bukan cili padi, jadi pedasnya sederhana tetapi aroma tetap penuh. Resepi gulai lemak ayam ini panaskan lama pun kuah tidak pecah, malah rasanya seperti rendang. Sesuai untuk hidangan keluarga, kenduri, atau makan nasi panas di rumah. Baca juga: Cara Guna Santan Kotak Dengan Betul Supaya Kuah Gulai, Kari & Rendang Pecah Minyak Cantik RESEPI GULAI LEMAK AYAM MAK MENTUA Bahan-bahan: ½ ekor ayam, potong 6 1 mangkuk santan pekat (1 biji kelapa) 2-3 sudu besar cili kering kisar (boleh guna cili merah besar tumbuk) 5 ulas bawang merah, hiris 6 ulas bawang putih , hiris 2 inci halia, hiris manjang kecil dan nipis 2 helai daun kunyit, carik-carik 3 biji kentang , potong ikut suka 3 sudu besar kerisik 2 biji tomato (pilihan) 2 batang serai, diketuk 2 ...

3 Cara Hilangkan Kesan Karat Pada Pakaian, Guna Bahan ‘Rahsia’ Ini Mesti Menjadi!

“Alamak! Macam mana nak hilangkan karat pada baju ni…”

Kesan karat pada baju boleh membuatkan ia kelihatan buruk dan semakin teruk jika dibiarkan. Walaupun sukar untuk dibersihkan namun anda boleh hilangkan karat pada baju dengan menggunakan bahan di dapur sahaja.

Tak perlu beli baju baharu dan jangan buang kerana ia masih boleh diselamatkan. Cara-caranya mudah sahaja dan rugi kalau tak cuba!

Baca juga: 5 Cara Paling Mudah & Berkesan Halau Lalat Di Rumah, Confirm Tak Kena ‘Serang’ Dah!

CARA HILANGKAN KARAT PADA BAJU, MUDAH DAN BERKESAN

HILANGKAN KARAT PADA BAJU

1. Garam & jus lemon

Antara cara hilangkan karat pada baju adalah dengan menggunakan garam dan jus lemon. Anda perlu taburkan garam pada kesan karat dan sedikit jus perahan lemon.

Kemudian, sidai pakaian di bawah cahaya matahari untuk mempercepatkan tindak balas tersebut.

2. Baking soda

Cara hilangkan karat pada baju yang seterusnya adalah dengan membuat pes menggunakan krim tartar. Gabungkan 1 sudu krim tartar, 1 sudu teh baking soda dan sedikit hidrogren peroksida.

Kacau sebati sehingga menjadi pes dan sapu pada kesan karat. Biarkan selama 30 minit dan bilas seperti biasa.

3. Cuka

Cuka bukan sahaja digunakan dalam masakan tetapi juga berfungsi untuk hilangkan karat pada baju. Caranya adalah campurkan cuka dengan air ke dalam besen. Kemudian, rendam pakaian ke dalam larutan selama 1 hingga 2 jam.

Selepas itu, bilas pakaian dengan air sejuk dan basuh seperti biasa.

CARA CEGAH KESAN KARAT

Berikut adalah beberapa langkah pencegahan yang anda boleh ikut:

– Sapukan cat kalis karat pada permukaan yang mudah terdedah seperti perabot.

– Elakkan menyimpan objek logam lembap berhampiran pakaian.

– Tanggalkan sebarang pengikat logam, butang atau zip dari pakaian sebelum mencuci.

– Periksa pakaian dengan teliti untuk mengesan kesan karat sebelum mengeringkannya.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Kesan Deodoran Pada Baju Putih & Hitam Boleh Dihilangkan Guna Bahan Di Dapur

Sumber: NexDo & The Spruce

The post 3 Cara Hilangkan Kesan Karat Pada Pakaian, Guna Bahan ‘Rahsia’ Ini Mesti Menjadi! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Restoran Didakwa Basuh Lebihan Makanan Untuk Dijual Semula, Netizen Luah Rasa Jijik & Bimbang!