Resepi Daging Masak Hitam, Gaul Dengan Bawang Goreng Baru Sedap Menyengat!

Imej
https://ift.tt/2p1LYrZ Sebelum menyambut Hari Raya yang bakal tiba, kenalah cuba kemahiran memasak dahulu. Jadi untuk lauk berbuka hari ini, anda boleh masak resepi Daging Hitam yang sedap. Daging Masak Hitam terkenal dengan rasanya yang kaya dan sedikit pedas. Biasanya, ia dimasak menggunakan potongan daging yang empuk dan dimasak perlahan bersama rempah. Jaja Noriza telah kongsikan rahsia dalam resepi Daging Hitam di Facebook yang ternyata mendatangkan hasil sungguh lazat tak terhingga. Jom kita cuba! Baca juga: Air Asam Daging, Lauk Tunggu Gaji Ini Buat Orang Terliur Hirup Kuahnya RESEPI DAGING HITAM Bahan-bahan: 1kg daging (diperap dengan kicap pekat, kicap manis dan sedikit gula) 1kg bawang goreng (lebih sedap bawang digoreng sendiri, guna bawang kecil lebih sedap) 1 senduk cili kisar (jika suka pedas , boleh lebihkan) Kicap pekat Kicap manis Air asam jawa Kicap masin Garam dan gula secukupnya Air Minyak masak (untuk menumis) Cara-cara memasak: 1. Mula-...

Tak Pulang Rumah Selepas Tamat Sesi Persekolahan, Pelajar Tingkatan 2 Hilang

Kes terbaharu membabitkan kanak-kanak hilang berlaku lagi di Muar, Johor. Kali ini melibatkan seorang remaja lelaki bernama Muhammad Effzaldanish Mohd Affendi, berusia 14 tahun, adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Alauddin Riayat Shah 1, Pagoh tidak pulang ke rumah selepas tamat sesi persekolahan.

Jadi, pihak keluarga mula memohon bantuan ramai untuk mencari remaja lelaki tersebut.

Baca juga: Pengasuh Ditahan, Disyaki Dera Bayi Usia 2 Bulan Hingga Patah Kaki

KES KANAK-KANAK HILANG: NENEK MENANGIS HILANG PENEMAN..

kanak-kanak hilang

Foto Harian Metro: Wajah Effzaldanish

“Sejak tahu kehilangan Muhammad Effzaldanish, nenek sering menangis kerana dialah satu-satunya peneman setiap hari,” kata Siti Nurhaliza Mohd Asri berusia 25 tahun, merupakan sepupu kepada pelajar tingkatan dua yang dilaporkan hilang sejak semalam.

Kehilangan anak tunggal itu disedari neneknya, Jaminah Shari, 90, sebelum meminta bantuan cucu lain mencarinya di sekolah serta kawasan sekitar. Menurut sepupunya Siti Nurhaliza, pada hari kehilangannya, Effzaldanish berjalan ke sekolah yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah.

Namun katanya, kelibat remaja itu langsung tidak kelihatan selepas 2 petang, menyebabkan nenek gelisah. Secara kebetulan, semalam kebanyakan sepupu-sepapat pulang ke kampung, jadi nenek minta bantuan mereka mencari Effzaldanish namun tidak ditemui.

Malah mengejutkan adalah, mereka juga ada bertanyakan rakan di sekolah termasuk asrama dan mereka mengatakan Effzaldanish tidak datang ke sekolah. Ini yang membuatkan pihak keluarga bingung memikirkan ke mana dia pergi sedangkan pada waktu pagi keluar ke sekolah.

Menurutnya lagi, Effzaldanish tinggal bersama nenek mereka sejak berusia tiga tahun iaitu selepas kematian ibunya akibat kanser payudara. Effzaldanish cuma tinggal berdua bersama neneknya kerana bapanya sudah berkahwin lain dan menetap di Tampin, Negeri Sembilan.

“Kami harap sangat Effzaldanish ditemui segera dalam keadaan selamat,” katanya yang memohon bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi keluarga dan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan daripada bapa pelajar terbabit, pagi semalam.

kanak-kanak hilang

Foto: Freepik

*Diharapkan adik Effzaldanish ditemui dengan selamat dan kembali menjadi peneman nenek tersayang..

Baca juga: 6 Kaedah Buli Ini Paling Popular Berlaku Di Sekolah Asrama, Yang Akhir Sekali Paling Kejam!

Sumber: Harian Metro

The post Tak Pulang Rumah Selepas Tamat Sesi Persekolahan, Pelajar Tingkatan 2 Hilang first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!