Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Petua Perubatan Melayu Tradisional Guna Kulit Pokok Mengkirai Rawat SAKIT SENDI, Mujarab!

Sakit sendi boleh memberikan rasa tidak selesa kepada sesiapa saja yang mengalaminya. Disebabkan itu, terdapat pelbagai cara yang dilakukan untuk melegakan kesakitan itu, termasuklah mencuba petua rawat sakit sendi dengan menggunakan kulit pokok mengkirai.

Sekiranya, anda mempunyai masalah sakit sendi mungkin boleh mencuba petua ini yang dikongsikan oleh Tuan Azwan Jamni. Bahkan menurutnya, ia juga dipercayai boleh digunakan untuk merawat tisu yang koyak.

Baca juga: Minum Air Petua Ini Untuk Rawat Masalah HIDUNG TERSUMBAT, Terus Boleh Bernafas!

PETUA RAWAT SAKIT SENDI ATAU TISU KOYAK

petua rawat sakit sendi

Gambar: Azwan Jamni

Melalui portal Melur’s Garden, tumbuhan mengkirai merupakan sejenis pokok yang cepat membesar dan merimbun. Ia mudah dijumpai di kawasan belukar dan hutan di sekitar kampung di Malaysia.

Di mana, daunnya berbentuk mudah dan tersusun secara berselang pada rantingnya. Saiz daun sekitar 6-15 cm panjang dan 2-5 cm lebar. Menariknya lagi, di dalam perubatan Melayu tradisional, kulit batang pokok mengkirai digunakan sebagai ubat ulser mulut.

Jadi, mari lihat petua di bawah!

Baca juga: 7 Punca SENDAWA Berbau Busuk Macam Telur Tembelang, Orang Ada GERD Kena Waspada!

Sakit sendi tisu koyak

Hari ini saya nak kongsikan satu petua mudah untuk masalah sakit sendi atau pun tisu koyak. Di mana, saya banyak mengajarkan kepada pesakit saya terutamanya pesakit slip disc.

Kulit pokok mengkirai. Inilah ubat orang tua-tua dahulu jikalau sakit sendi atau tisu koyak.

petua rawat sakit sendi

Gambar: SuzyHoney

Bahan-bahan:

Caranya:

  1. Ambil kulit pokok mengkirai.
  2. Tumbuk hingga lumat.
  3. Kemudian, tampal dengan daun pisang pada bahagian yang bermasalah sakit sendi atau tisu koyak di waktu ingin tidur.
  4. Lakukan setiap hari.

Insha’Allah akan memberi kesembuhan penyakit tersebut.

petua rawat sakit sendi

Gambar: Azwan Jamni

Baca juga: Petua Hilangkan LEMAH BADAN Dengan Lulur Kunyit Hidup, Sangat Mujarab!

Sumber: Azwan Jamni

FT Image: jcomp / Azwan Jamni

The post Petua Perubatan Melayu Tradisional Guna Kulit Pokok Mengkirai Rawat SAKIT SENDI, Mujarab! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!