Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Sandwich Goreng Yam, Menu Ringkas, Sedap Dan Mengenyangkan

https://ift.tt/fsoZPT2

sandwich goreng yam

Pernah cuba Sandwich Goreng Yam? Jika tidak pernah, anda harus cuba. Sangat sedap dan sesuai disajikan pada bila-bila masa. Intinya boleh dipelbagaikan selain dari keladi yam.

Boleh guna sardin, sambal tumis bilis, tuna dan sebagainya. Ikut selera masing-masing. Cara masaknya juga cukup senang malah tidak menggunakan banyak bahan.

Baca juga: Sandwich Cheesy Beef Slice Air Fryer, Hanya Guna 4 Bahan Je, Jimat Masa!

Resipi ini tiada ukuran sebab senang dan ringkas. Inti tu kalau tercair boleh tambah yam, kalau terlalu kering sila tambah susu cair. Yang penting, ubi keledek rebus dulu tau.

Serbuk yam pula digunakan sebagai pewarna semulajadi, lebih baik untuk kesihatan anak-anak dan keluarga berbanding pewarna tiruan.

Jom cuba resipi perkongsian Cik Puan Linda Safar ini. Pasti puas hati.


RESIPI SANDWICH GORENG YAM

Asyik sarapan pagi yang sama je kan. Jom buat menu ini pulak. Simple, sedap dan mengenyangkan. Anak-anak tentu suka.

sandwich goreng yam

Bahan-bahan:

  • Kepingan roti
  • Telur – untuk jadi salutan roti
  • Ubi keledek ungu* – rebus dahulu
  • Serbuk yam*
  • Susu cair/susu pekat manis*

Nota: kisar halus bahan yang bertanda *

Cara-cara penyediaan:

1. Kisarkan bahan yang bertanda * hingga menjadi seperti smoothie untuk dijadikan inti.

2. Potong kepingan roti.

3. Sapu inti dan buat sehingga menjadi 3 lapisan.

4. Celup ke dalam telur.

5. Gorengkan ia hingga permukaan roti masak. Tos dan ketepikan.

6. Sedia untuk dihidang!


Selamat mencuba resipi ini.

Baca juga: Wanpaku Tuna Sandwich Ala Jepun, Sesuai Untuk Buat Menu Bekal

The post Sandwich Goreng Yam, Menu Ringkas, Sedap Dan Mengenyangkan appeared first on MyResipi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!