Cara Masak Mee Bandung Simple Berkuah Pekat, Masukkan Bahan Rahsia ‘Ini’

Imej
https://ift.tt/46lLDaW Musim hujan pada waktu petang membuatkan ramai teringin berbuka puasa dengan hidangan berkuah yang hangat. Oleh itu, anda boleh cuba cara masak Mee Bandung yang simple ini. Mee Bandung adalah hidangan mee paling popular di Malaysia yang berasal dari Johor. Gandingan mee kuning bersama telur dan kuah pekat mampu membuat selera terangkat. Cara masak Mee Bandung ini dikongsikan oleh Halimatussaadiah Sidek di Facebook bersama rahsia kuah yang pekat dan sedap dihirup. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Mee Kuning Homemade ‘Gluten-Free’, Tak Pakai Tepung Gandum Pun Menjadi! CARA MASAK MEE BANDUNG Bahan kisar: 2 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 10 tangkai lada kering (kurangkan jika tak nak pedas) 2 paket udang kering Bahan-bahan lain: ½kg mee kuning Segenggam kacang tanah (goreng dan tumbuk) 2 sudu tepung gandum (bancuh dengan air biar cair) Gula Garam Ajinomoto Daging Sotong Udang (ikut suka) Sawi Lobak merah Tauhu Daun sup Bawang g...

Piala FA: TFC mudah benam Melaka FC 4-0

KUALA NERUS – Terengganu FC (TFC) mara ke suku akhir Piala FA selepas membenam Melaka FC 4-0 dalam pusingan kedua di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini, sebentar tadi.

Finalis musim itu mendahului ketika aksi baru memasuki minit kelima melalui Ivan Mamut yang melepasi kawalan pemain lawan sebelum melakukan sepakan leret dari jarak dekat.

Jaringan itu menaikkan semangat TFC menyaksikan voli menarik Jordan Mintah sedikit tersasar ke sebelah tepi ketika penjaga gol, Daniel Wafiuddin Sa’dun sudah tertewas pada minit ke-13.

Sang Penyu dihidangkan peluang terbaik berpunca sepakan sudut Arif Fadzillah Abu Bakar minit ke-56 namun tandukan padu Safwan Mazlan ditepis Daniel Wafiuddin.

Kem TFC nyaris dikejutkan pelawat mujur penjaga gol, Rahadiazli Rahalim (m-61) cemerlang menafikan sepakan percuma Shafiq Al-Hafiz Dawawi dari sudut sukar untuk kedudukan kekal 1-0.

Pemain sayap, Hakimi Abdullah kemudian menggandakan kedudukan pada minit ke-71 apabila menyambar umpanan Mintah sekaligus menewaskan Daniel Wafiuddin buat kali kedua.

Lapan minit sebelum permainan tamat, giliran Mintah muncul penjaring gol TFC selepas menggelecek penjaga gol lawan untuk mudah menolak masuk bola ke pintu gol yang terbuka luas.

Mintah melengkapkan kemenangan 4-0 ke atas wakil Liga M3 itu apabila menyudahkan umpanan Engku Nur Shakir Engku Yacob dalam masa kecederaan untuk bertemu Kelantan FC di suku akhir. – KOSMO! ONLINE

The post Piala FA: TFC mudah benam Melaka FC 4-0 appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!