Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Resipi Telur Air Asam, Nampak Simple Tapi Rasa Padu Sampai Licin Pinggan!

https://ift.tt/zejENBm

resipi telur air asam

Kalau anda sedang mencari lauk ringkas tapi sedap untuk makan tengah hari, resipi telur air asam ni memang kena cuba! Kombinasi telur rebus dengan kuah asam yang pedas, masam, dan penuh rasa, memang buat makan bertambah.

Sediakan telur rebus yang masak elok, gabungkan dengan air asam yang mantap dan nikmati bersama nasi panas. Memang tak cukup sepinggan!

Jom baca resipi penuh di bawah ini yang dikongsikan oleh Cik Puan Rara Zabidin

Baca lagi: Tauhu Begedil Anti Gagal, Guna Tepung ‘Ini’ Untuk Kesan Rangup Luar Biasa!

RESIPI TELUR AIR ASAM

Bahan-bahan:

Cara penyediaan telur rebus:

1. Basuh telur bersih-bersih sebelum masukkan ke dalam periuk.

2. Pilih periuk yang sesuai, saiznya tak terlalu besar supaya telur mudah masak dan tidak bergerak banyak semasa direbus.

3. Masukkan air sehingga paras air dan telur sama rata.

4. Buka api paling besar dan set masa 7 minit untuk mendapatkan telur rebus yang masak cantik. Pastikan tidak lebih atau kurang dari 7 minit untuk hasil yang sempurna

5. Setelah cukup 7 minit, angkat telur dan segera bilas di bawah air paip. Ini akan membantu mengupas kulit telur dengan mudah dan membuat permukaannya licin dan cantik. Kupas dan toskan.

Bahan-bahan untuk air asam:

  • Cili padi
  • Bawang besar
  • Tomato
  • Asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • Ajinomoto secukup rasa (pilihan)

Cara penyediaan air asam:

1. Dalam mangkuk, larutkan asam jawa dengan sedikit air suam. Kacau hingga menjadi jus asam yang pekat dan sebati.

2. Masukkan cili padi, bawang besar, dan tomato yang sudah dihiris atau dicincang.

3. Tambahkan garam dan ajinomoto secukup rasa. Kacau hingga semua bahan betul-betul sebati. Biarkan seketika untuk memastikan semua rasa bercampur dengan baik.

4. Ambil telur rebus yang telah dikupas, potong dua atau empat ikut suka, dan susun dalam mangkuk atau pinggan yang sesuai.

5. Tuangkan air asam yang telah disediakan tadi ke atas telur.

6. Biarkan selama 10-15 minit sebelum dihidangkan. Waktu ini membolehkan telur menyerap rasa asam, pedas, masin, dan sedikit manis dari air asam tersebut.

Sumber: Rara Zabidin 

Baca lagi: Cara Celur Mihun Yang Betul, Barulah Cantik Elok Dan Tak Putus

The post Resipi Telur Air Asam, Nampak Simple Tapi Rasa Padu Sampai Licin Pinggan! appeared first on MyResipi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!