Rahsia Apam Gula Hangus Naik Menggunung, Tambah Bahan ‘Ini’ Baru Menjadi!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Rata-rata mereka yang suka buat kuih pasti akan cuba untuk buat pelbagai jenis apam di rumah. Jika baru belajar, Apam Gula Hangus adalah pilihan terbaik buat anda cuba.
Apam Gula Hangus merupakan antara kuih yang menjadi kegemaran ramai tak kira dewasa mahupun kanak-kanak. Pantang nampak kuih ini depan mata, pasti ambil dan makan punya.
Norsahfida Banin telah kongsikan cara buat Apam Gula Hangus di Facebook dan ramai yang memuji hasilnya yang kelihatan gebu serta naik menggunung. Jom kita cuba!
Baca juga: Apam Solo Sukatan Cawan Dengan 3 Langkah Mudah, Sesuai Untuk Yang Baru Belajar
RESIPI APAM GULA HANGUS
Bahan-bahan:
- 1 cawan gula
- 1 cawan air panas
- 2 sudu marjerin
- 1½ cawan tepung gandum
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 2 biji telur
- 3 sudu susu pekat
- ½ minyak masak
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, masak gula sampai cair terlebih dahulu.
2. Kemudian, masukkan air panas sampai gula larut.
3. Selepas itu, letak marjerin dan biarkan air gula sejuk.
4. Setelah sejuk, campurkan air gula ke dalam tepung bersama soda bikarbonat dan kacau sebati.
5. Seterusnya, kisar telur, susu pekat dan minyak masak sampai sebati dan tuang ke dalam adunan tepung tadi.
6. Selepas itu, kacau sampai sebati lagi.
7. Selanjutnya, masukkan ke dalam acuan yang disukai mengikut citarasa masing-masing.
8. Akhir sekali, kukus selama 15 minit atau sampai kuih betul-betul masak. Setelah sejuk, boleh keluarkan dari acuan. Siap untuk dinikmati!
Apabila membuat resipi Apam Gula Hangus dengan acuan, ia jadi lebih mudah dimakan dan anda akan terkejut melihat hasilnya yang gebu serta naik menggunung.
Dalam banyak-banyak kuih, pasti keluarga anda takkan menolak kuih ini untuk menikmatinya. Selain dijadikan sebagai pencuci mulut untuk jamuan, ia juga idea potluck yang menarik.
Oleh kerana cara membuatnya begitu mudah, jadi anda boleh cadangkan resipi ini kepada kawan-kawan yang baru belajar buat kuih di rumah.
Selamat mencuba!
Sumber: Norsahfida Banin
Baca juga: Kuih Apam Mekar Dengan 5 Bahan, Lembut Dan Kembang Gebu Hasilnya
The post Rahsia Apam Gula Hangus Naik Menggunung, Tambah Bahan ‘Ini’ Baru Menjadi! appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan