Letupan Bom 8 Renjer Cedera
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Letupan Bom 8 Renjer Cedera
Lapan anggota renjer cedera dalam satu letupan bom yang menyasarkan trak pikap yang dinaiki mereka di daerah Rangae, Narathiwat, Selatan Thailand pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Rangae, Kolonel Polis Apakorn Virupakraksa berkata, dalam kejadian 11.20 pagi waktu tempatan, anggota renjer sedang melakukan rondaan di Kampung Hulu Parik.
“Siasatan awal mendapati bom buatan sendiri yang ditanam di tepi jalan meletup setelah diaktifkan ketika trak pikap anggota renjer lalu,” katanya kepada pemberita selepas melawat tempat kejadian di sini pada Khamis.
Apakorn berkata, semua anggota renjer yang cedera mendapatkan rawatan di Hospital Rangae dan Hospital Narathiwat.
Polis sedang giat menjejaki individu atau kumpulan yang terbabit dalam serangan itu, katanya.-hmetro
The post Letupan Bom 8 Renjer Cedera appeared first on BadusInfo.com.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan