Cara Masak Mee Bandung Simple Berkuah Pekat, Masukkan Bahan Rahsia ‘Ini’

Imej
https://ift.tt/46lLDaW Musim hujan pada waktu petang membuatkan ramai teringin berbuka puasa dengan hidangan berkuah yang hangat. Oleh itu, anda boleh cuba cara masak Mee Bandung yang simple ini. Mee Bandung adalah hidangan mee paling popular di Malaysia yang berasal dari Johor. Gandingan mee kuning bersama telur dan kuah pekat mampu membuat selera terangkat. Cara masak Mee Bandung ini dikongsikan oleh Halimatussaadiah Sidek di Facebook bersama rahsia kuah yang pekat dan sedap dihirup. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Mee Kuning Homemade ‘Gluten-Free’, Tak Pakai Tepung Gandum Pun Menjadi! CARA MASAK MEE BANDUNG Bahan kisar: 2 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 10 tangkai lada kering (kurangkan jika tak nak pedas) 2 paket udang kering Bahan-bahan lain: ½kg mee kuning Segenggam kacang tanah (goreng dan tumbuk) 2 sudu tepung gandum (bancuh dengan air biar cair) Gula Garam Ajinomoto Daging Sotong Udang (ikut suka) Sawi Lobak merah Tauhu Daun sup Bawang g...

[VIDEO] Suruh ambil gambar rupanya Remy Ishak di Tasik Cermin

PETALING JAYA – Pasangan tidak menyangka individu yang menangkap gambar mereka sewaktu berada di Tasik Cermin rupa-rupanya pelakon terkenal, Remy Ishak.Isterinya, Ezza Rose memuat naik hantaran itu di laman sosial TikTok memaparkan pasangan tersebut yang meminta tolong diambil gambar tanpa mengetahui identiti individu misteri yang begitu gigih menangkap gambar mereka.“Tadi singgah di Tasik Cermin dan terdapat satu pasangan yang meminta tolong diambil gambar. Seperti biasa, suami saya gigih untuk mendapatkan gambar yang cantik.

“Semoga pasangan ini gembira dengan gambar mereka kerana mereka juga sebenarnya tidak perasan identiti jurugambar misteri ini,” katanya.

Dalam pada itu, pasangan tersebut tampil di ruangan komen dan meluahkan keterujaannya apabila mendapat tahu rupa-rupanya jurugambar itu adalah Remy Ishak.

“Ya Allah, sumpahlah Remy Ishak yang ambilkan gambar kami? Malunya tidak perasan,” komen @tachachaaaa_.

Sehubungan itu, hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada warga TikTok yang rata-rata mengatakan pasangan itu adalah pasangan yang bertuah kerana gambar mereka diambil oleh selebriti.

“Ingatkan seorang jurugambar terkenal, rupa-rupanya Remy Ishak,” komen @ainnur_naufara.

“Bukan pasangan itu saja yang tidak perasan, saya pun tidak perasan jika saya tidak membaca ruangan kapsyen,” kata pengguna lain, @miruldaus092.

“Gempaklah. Remy tolong ambilkan gambar, mesti bahagia sangat pasangan itu,” kata @eijaaziemey pula.

Hantaran tersebut telah mengundang 38,000 tanda suka dan 511,100 jumlah tontonan setakat ini. – KOSMO! ONLINE

Watch on TikTok

The post [VIDEO] Suruh ambil gambar rupanya Remy Ishak di Tasik Cermin appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!