Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Tip Masak Ikan Gulai Kuning Lengkuas ‘Padu’, Dijamin Jatuh Cinta Pada Suapan Pertama!

https://ift.tt/gyEOzoF

gulai kuning

Gulai kuning nasi berlauk memang sedap! Ia antara hidangan popular di Kelantan yang sering dinikmati pada sarapan pagi. Memang wajib cuba kalau berkunjung ke negeri Cik Siti Wan Kembang.

Di negeri lain, gulai ini mungkin kelihatan macam masak lemak kuning, tapi yang istimewa di sini ialah penambahan telur rebus, ikan tongkol, kacang panjang dan timun.

Tak perlu lauk sampingan atau masak sayur lain pun, menu ini dah cukup lengkap. Jom cuba resipi yang dikongsi oleh Puan Ibah Abdullah di bawah ini!

Baca juga: Resipi Ikan Tenggiri Masak Cuka, Lauk Ringkas Sampai 3 Kali Tambah Nasi!

RESEPI GULAI KUNING LENGKUAS STYLE KELANTAN

gulai kuning

Bahan-bahan:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Lengkuas
  • Halia
  • Kunyit hidup
  • Cili giling / lada kering
  • Biji ketumbar (sedikit)
  • Kelapa parut (optional, untuk rasa lebih lemak)
  • Cili kisar (1 sudu, jangan banyak agar kuah tidak terlalu merah)
  • Asam keping
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • Sayur pilihan (timun, lada solok, kacang panjang, bendi atau terung)
  • Ikan tongkol atau tenggiri (atau ikan merah)
  • Tomato (optional)
  • Cili besar atau cili padi (optional)
  • Telur rebus (optional)

Cara Memasak:

  1. Kisar halus bawang merah, bawang putih, lengkuas, halia, kunyit hidup, cili giling/lada kering dan biji ketumbar. Jika mahu, boleh tambahkan kelapa parut untuk rasa lebih lemak.
  2. Untuk ikan tongkol atau tenggiri, rebus ikan bersama asam keping dan garam. Biarkan semalaman untuk rasa lebih sedap. Simpan air rebusan ikan.
  3. Jika menggunakan ikan merah, lumurkan ikan dengan garam dan kunyit, kemudian perap selama 1-2 jam.
  4. Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam periuk bersama santan. Kacau sentiasa.
  5. Tambahkan air dan asam keping. Jika menggunakan ikan tongkol atau tenggiri, tambah sedikit air rebusan ikan.
  6. Biarkan kuah menggelegak. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa mengikut cita rasa.
  7. Masukkan sayur pilihan seperti timun, lada solok, kacang panjang, bendi atau terung ke dalam kuah.
  8. Masukkan ikan dan sesuaikan rasa jika perlu. Anda boleh menambah tomato, cili besar atau cili padi jika mahu lebih pedas.
  9. Jika suka, boleh juga tambah telur rebus sebagai pelengkap.

Sumber: Ibah Abdullah

Baca juga: Resipi Kuah Tiga Rasa Asli Thai, Curah Atas Ikan Siakap Rangup Memang Padu!

The post Tip Masak Ikan Gulai Kuning Lengkuas ‘Padu’, Dijamin Jatuh Cinta Pada Suapan Pertama! appeared first on MyResipi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!