Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Firefly lancar penerbangan Pulau Pinang-Banda Aceh

PETALING JAYA – Syarikat pe­nerbangan di bawah Malaysia Aviation Group (MAG), Firefly melakukan penerbangan sulung dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Iskandar Muda (BTJ), Banda Aceh menggunakan pesawat Boeing 737-800 semalam.

Firefly akan memulakan perkhidmatan penerbangan te­rus bagi laluan PEN-BTJ, dan juga sebaliknya sebanyak dua kali seminggu iaitu pada Isnin dan Jumaat, sebelum frekuensi pe­nerbangan ditingkatkan kepada empat kali seminggu pada Di­sember depan.

Sebelum pandemik, Firefly telah mengoperasikan laluan sama menggunakan pesawat ATR 72-500.

Ketua Pegawai Eksekutif­nya, Philip See berkata, langkah tersebut merupakan sebahagian daripada strategi pengembangan rangkaian syarikat di seluruh ASEAN dan laluan Pulau Pinang-Banda Aceh dijangka menyaksikan kemasukan pelancong yang tinggi untuk tujuan percutian dan perubatan.

“Kami berusaha membawa kemudahan kepada penduduk Banda Aceh dan Pulau Pinang bagi memudahkan mereka me­lawat keluarga dan rakan-rakan, mendapatkan rawatan perubatan, meneroka budaya dan warisan tempatan serta untuk tujuan pendidikan.

“Langkah ini juga akan me­ningkatkan kehadiran kami dalam pasaran Indonesia, seterusnya menyokong MAG yang terbang ke beberapa destinasi di Indonesia seperti Jakarta, Bali, Surabaya dan ke Yogyakarta,” katanya dalam satu kenya­taan semalam.

Pulau Pinang dikenali sebagai The Pearl of the Orient, terkenal sebagai kota warisan, budaya, makanan dan tempat tarikan serta perkhidmatan lain untuk perniagaan dan pengembara.
Ia termasuk servis pelancongan perubatan, yang mana data Majlis Pelancongan Kesihatan menyebut industri penjagaan kesihatan Pulau Pinang meraih pendapatan kira-kira RM500 juta. -KOSMO! ONLINe

The post Firefly lancar penerbangan Pulau Pinang-Banda Aceh appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!