Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

3 Sungai Hotspot Lemas & Kepala Air Di Hulu Selangor, Hati-Hati!

Tiga lokasi perkelahan di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor dikenal pasti sebagai sungai hotspot kerana sering berlaku kejadian mati lemas dan kepala air sepanjang tahun 2020 hingga 2022.

Lokasi tersebut adalah Sungai Batang Kali, Sungai Chiling dan Sungai Pertak. Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, kesemua sungai itu berisiko berlaku kepala air atau lemas dan ianya berlaku lebih dari sekali.

Baca juga: Tiada Lagi Had Umur & Bilangan Jemaah Haji Bermula Tahun Ini

3 SUNGAI HOTSPOT LEMAS & KEPALA AIR DI HULU SELANGOR, HATI-HATI!

sungai hotspot

Jelasnya, sebanyak 15 kes mati lemas berlaku dan 6 kes terperangkap dalam kepala air membabitkan 10 kawasan rekreasi sungai, air terjun, hutan lipur dan lata di Selangor.

Kes rekod lemas paling tinggi berlaku di Sungai Batang Kali di mana berlaku 5 kes dan 4 kes melibatkan mangsa terperangkap dalam kepala air.

Orang awam dinasihatkan supaya berhati-hati dan sentiasa berwaspada sebelum memulakan sebarang aktiviti rekreasi di sungai. Sekiranya berlaku kepala air, jangan menyeberangi sungai, hubungi pasukan penyelamat dan tunggu sehingga reda.

Sumber: BH Online

The post 3 Sungai Hotspot Lemas & Kepala Air Di Hulu Selangor, Hati-Hati! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!