Resipi Sup Bebola Ayam Simple Tapi Penuh Rasa, Sedap Sampai Tak Henti-Henti Hirup!

Imej
https://ift.tt/4Q0PBsJ Kadang-kadang kita cuma nak masak sesuatu yang mudah dan tak ambil masa lama, tapi tetap sedap. Sup bebola ayam ini antara yang senang dan cepat disediakan. Tak banyak bahan dan tak renyah, tapi hasilnya memuaskan. Bila tak tahu nak masak apa, menu ini boleh jadi penyelamat. Rasanya pun ringan, sesuai sangat kalau tak lalu makan lauk berat. Sup bebola ayam ini juga boleh dimakan dengan nasi, bihun atau mi bergantung pada selera masing-masing. Baca juga: Resipi Mi Sup Versi Sempoi, Tak Perlu Banyak Bahan Tapi Sedap Teramat! RESEPI SUP BEBOLA AYAM Bahan-bahan: 1 keping dada ayam (dipotong dadu) 1 bungkus bebola ayam 1 bungkus sup bunjut 3 sekawan ( kayu manis , bunga lawang, buah pelaga) 5 ulas bawang putih (ditumbuk) 1 inci halia (ditumbuk) 3 ulas bawang merah (ditumbuk) Air secukupnya Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa Cara penyediaan: Tumis rempah tiga sekawan bersama bawang putih, halia dan bawang merah yang telah ditumbuk sehingga...

Kuih Apam Mekar Dengan 5 Bahan, Lembut Dan Kembang Gebu Hasilnya

https://ift.tt/CENlMOH

kuih apam mekar

Antara kuih yang sentiasa laku keras dan mendapat permintaan ramai adalah kuih Apam Mekar kerana bukan saja caranya mudah, malah hasilnya sungguh cantik dan menawan.

Kuih Apam atau dipanggil apom merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia. Biasanya, kuih ini dibuat sebiji-sebiji dan berwarna putih.

Bagi membuatkan kuih Apam nampak lebih menarik, kadangkala pewarna dicampur ke dalam adunan dan hasilnya akan jadi cantik dan berwarna-warni.

Kuih ini boleh dibuat dalam pelbagai bentuk, tapi paling disukai ramai ialah kuih Apam Mekar kerana bentuknya yang menarik seperti bunga yang kembang mekar.

Baru-baru ini, Atikah Ahmad telah kongsikan resipi kuih Apam Mekar di Facebook yang hasilnya sungguh gebu walaupun hanya menggunakan 5 bahan saja. Jom kita cuba!

Baca juga: Apam Cornetto Guna 3 Bahan Mudah, Comel Dan Cantik Sekata Hasilnya

RESIPI KUIH APAM MEKAR

kuih apam mekar

Bahan-bahan:

  • ½ cawan gula
  • 1 cawan susu cair
  • 2 cawan tepung naik sendiri atau self raising
  • 1 biji telur gred A atau B
  • 1 sudu besar ovalette

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, putar semua bahan selama 10 hingga 11 minit dengan kelajuan paling tinggi.

2. Sementara itu, panaskan air dalam pengukus dan tutup penutupnya supaya wap air tak keluar dan bagi kesan pada apam untuk mekar cantik.

3. Kemudian, masukkan cawan kertas cupcake dalam acuan lompang dan letak adunan.

4. Akhir sekali, kukus sampai naik wapnya dalam masa 10 hingga 13 minit. Siap untuk dinikmati!

kuih apam mekar

Buat pengetahuan anda, resipi kuih Apam Mekar ini menggunakan cawan matrix dan anda akan dapat dalam anggaran 45 hingga 50 biji. Jika ingin buat banyak, boleh gandakan adunan.

Selain sedap dimakan ketika sarapan, kuih ini juga boleh dinikmati sewaktu minum petang. Jika ada kelapa parut dan teh O panas, lebih bertambah kelazatannya.

Kami yakin awal tahun ini pasti ramai ada perancangan untuk buat jamuan atau kenduri, jadi eloklah simpan resipi ini siap-siap untuk digunakan nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Atikah Ahmad

Baca juga: Kuih Apam Puri Inti Kastard, Setiap Gigitan Rasa Lembut Berkrim Yang Puas!

The post Kuih Apam Mekar Dengan 5 Bahan, Lembut Dan Kembang Gebu Hasilnya appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan