Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Wanita Bunuh Perogol Dipenjara 6 Tahun

Wanita Bunuh Perogol Dipenjara 6 Tahun

Seorang wanita Orang Asli di sini dijatuhi hukuman penjara enam tahun dua bulan pada Khamis atas pertuduhan membunuh perogolnya lapor agensi berita Jerman (dpa).

Mahkamah mengambil perhatian bahawa wanita itu yang dinamakan sebagai Roxana bertindak mempertahankan diri apabila dia membunuh penyerangnya pada 2021, namun memutuskan dia menggunakan kekerasan yang berlebihan.

Wanita berusia 23 tahun itu mula-mulanya mengetuk lelaki itu sehingga pengsan sebelum mencekik dan cuba memotong badannya.

Dia menyimpan mayat itu sekurang-kurangnya 20 jam sebelum memasukkannya ke dalam beg plastik di jalan.

Mahkamah berkata ia mengambil kira “kelemahannya sebagai seorang wanita dan sebagai orang asli” dalam hukumannya.

“Ia adalah hidup saya atau hidupnya,” kata wanita itu dalam temu bual dengan saluran berita Eme Equis. “Saya hanya mahu mempertahankan hidup saya daripada perogol,” katanya, sambil menambah bahawa dia bertindak kerana takut.

Dia masih boleh membuat rayuan terhadap keputusan itu.

Ibu tunggal dari negeri selatan Oaxaca itu disokong oleh pertubuhan wanita. Dia sudah menghabiskan sembilan bulan dalam tahanan pra-perbicaraan sebelum dibebaskan sepanjang tempoh perbicaraan.-hmetro

The post Wanita Bunuh Perogol Dipenjara 6 Tahun appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!