Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Jual air tebu sara anak sekolah

REMBAU – Seorang peniaga air tebu yang menghidap batu karang dan mudah penat memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menampung perbelanjaan anak bongsunya yang masih bersekolah di tingkatan dua.

Zailan Ahmad, 58, berkata, sejak isterinya meninggal dunia dua tahun lalu, keadaan kesihatan­nya merosot dan dia juga tidak dapat berniaga air tebu setiap hari.

Menurutnya, dia juga sudah kerap meminjam dengan keluarga serta saudara bagi memenuhi keperluan harian serta membaiki keretanya yang rosak sehingga mencecah ribuan ringgit.

“Bil air dan elektrik juga tertunggak hampir RM300. Saya pula hanya tinggal di kedai dengan sewa RM120 sebulan, tetapi mujurlah tuan rumah tidak me­nuntut bayaran walaupun sudah tertunggak tiga bulan.

“Ada kawan-kawan yang kasihan telah menghubungi Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih bagi meringankan beban saya,” katanya ketika ditemui di Kampung Batu di sini semalam.

Ujar Zailan, sebelum ini dia pernah memohon bantuan JKM buat dirinya kerana masalah kesihatan yang dialami, namun ditolak atas alasan mempunyai kemampuan iaitu dua anak yang sudah habis sekolah serta langganan stesen televisyen berbayar.

Bagaimanapun, menurutnya, kemudahan itu sudah pun dipotong serta anak pertamanya berusia 26 tahun iaitu lulusan universiti awam pula hanya be­kerja di kedai pakaian terpakai.

“Anak perempuan kedua saya berusia 21 tahun pula membantu saya berniaga air tebu. Saya kasihan dengan anak bongsu kerana kadangkala tiada duit belanja sekolah,” katanya.

Orang ramai yang ingin me­nyumbang boleh menyalurkannya ke akaun Bank Simpanan Nasional 05300-41-00001589-7 atas nama Zailan Ahmad. -KOSMO! ONLINE

The post Jual air tebu sara anak sekolah appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!