Resepi Daging Masak Hitam, Gaul Dengan Bawang Goreng Baru Sedap Menyengat!

Imej
https://ift.tt/2p1LYrZ Sebelum menyambut Hari Raya yang bakal tiba, kenalah cuba kemahiran memasak dahulu. Jadi untuk lauk berbuka hari ini, anda boleh masak resepi Daging Hitam yang sedap. Daging Masak Hitam terkenal dengan rasanya yang kaya dan sedikit pedas. Biasanya, ia dimasak menggunakan potongan daging yang empuk dan dimasak perlahan bersama rempah. Jaja Noriza telah kongsikan rahsia dalam resepi Daging Hitam di Facebook yang ternyata mendatangkan hasil sungguh lazat tak terhingga. Jom kita cuba! Baca juga: Air Asam Daging, Lauk Tunggu Gaji Ini Buat Orang Terliur Hirup Kuahnya RESEPI DAGING HITAM Bahan-bahan: 1kg daging (diperap dengan kicap pekat, kicap manis dan sedikit gula) 1kg bawang goreng (lebih sedap bawang digoreng sendiri, guna bawang kecil lebih sedap) 1 senduk cili kisar (jika suka pedas , boleh lebihkan) Kicap pekat Kicap manis Air asam jawa Kicap masin Garam dan gula secukupnya Air Minyak masak (untuk menumis) Cara-cara memasak: 1. Mula-...

Tuntut Pulau Spratly, China Gesa Filipina Alih Kapal

Tuntut Pulau Spratly, China Gesa Filipina Alih Kapal

Filipina pada Isnin menolak gesaan China untuk mengalihkan kapal perangnya dari terumbu di Kepulauan Spratly yang dipertikaikan berikutan insiden tembakan meriam air oleh kapal Pengawal Pantai China ke atas kapalnya.

Manila memberitahu Beijing bahawa ia tidak akan meninggalkan beting yang dipertikaikan di Laut China Selatan, menuduh pengawal pantai China melakukan “tindakan berbahaya” serta menyasarkan satu daripada kapalnya dengan laser, lapor Agensi Anadolu.

Seorang pegawai kanan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Filipina, Jonathan Malaya berkata, peningkatan kehadiran China di Beting Second Thomas yang juga dipanggil sebagai Beting Ayungin tidak akan menyekat keazaman Filipina untuk melindungi kedudukannya di sana.

Baca: Lelaki Huni Pulau Tersunyi Utara Atlantik

Manila sengaja mendaratkan kapal perang era Perang Dunia Kedua pada 1999 untuk mengukuhkan tuntutan kedaulatan Filipina.

“Kami akan terus menempatkan tentera di dalam kapal di terumbu itu selama mana yang diperlukan,” kata Malaya pada sidang media bersama tentera, Pengawal Pantai Filipina (PCG) dan Kementerian Luar Filipina.

Beijing menggesa Manila untuk mengalihkan kapal perang itu sambil mempertahankan tindakan pengawal pantainya sebagai “profesional dan terkawal.”

Ia juga mendakwa bahawa kapal-kapal Filipina “tidak menghiraukan sekatan dan amaran berulang kali China dan cuba memindahkan bahan binaan yang digunakan untuk menyelenggara dan membaik pulih kapal itu, yang didaratkan di beting itu secara haram.”

“Pihak China menggesa Filipina mengalihkan kapal perang yang didaratkan dari Terumbu Renai dan memulihkan Terumbu Renai kepada keadaan asal,” kata jurucakap pengawal pantai China.

Manila sebelum ini memanggil duta China untuk menyuarakan bantahan keras terhadap tindakan Pengawal Pantai China.-hmetro

The post Tuntut Pulau Spratly, China Gesa Filipina Alih Kapal appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!