Resepi Daging Masak Hitam, Gaul Dengan Bawang Goreng Baru Sedap Menyengat!

Imej
https://ift.tt/2p1LYrZ Sebelum menyambut Hari Raya yang bakal tiba, kenalah cuba kemahiran memasak dahulu. Jadi untuk lauk berbuka hari ini, anda boleh masak resepi Daging Hitam yang sedap. Daging Masak Hitam terkenal dengan rasanya yang kaya dan sedikit pedas. Biasanya, ia dimasak menggunakan potongan daging yang empuk dan dimasak perlahan bersama rempah. Jaja Noriza telah kongsikan rahsia dalam resepi Daging Hitam di Facebook yang ternyata mendatangkan hasil sungguh lazat tak terhingga. Jom kita cuba! Baca juga: Air Asam Daging, Lauk Tunggu Gaji Ini Buat Orang Terliur Hirup Kuahnya RESEPI DAGING HITAM Bahan-bahan: 1kg daging (diperap dengan kicap pekat, kicap manis dan sedikit gula) 1kg bawang goreng (lebih sedap bawang digoreng sendiri, guna bawang kecil lebih sedap) 1 senduk cili kisar (jika suka pedas , boleh lebihkan) Kicap pekat Kicap manis Air asam jawa Kicap masin Garam dan gula secukupnya Air Minyak masak (untuk menumis) Cara-cara memasak: 1. Mula-...

Donat Pisang Paling Lembut, Wanginya Sampai Semerbak Satu Rumah

https://ift.tt/TGW9Xhq

donat pisang

Apabila bercerita tentang donat, pasti teringat tentang gebu dan lembutnya apabila dimakan. Kali ini, kami nak kongsikan resipi Donat Pisang, lain dari yang lain!

Cara buat donat ini sama saja seperti donat biasa, cuma ia masukkan pisang di dalam bahan-bahannya. Malah, semua orang boleh membuatnya dengan mudah di rumah.

SuiSan Aliezsha telah kongsikan resipi Donat Pisang di Facebook yang menarik perhatian ramai dengan hasilnya sungguh mengagumkan. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buat Donat Gemuk Pakai Susu Tepung, Lembut Gebu Lain Macam!

RESIPI DONAT PISANG

donat pisang

Bahan-bahan:

  • 1kg tepung gandum (saya guna baker choice, mana-mana pun boleh)
  • 2 peket mauripan
  • 4 sudu marjerin (saya guna marjerin pelangi)
  • 2 cawan susu pisang (farm fresh atau dutch lady)
  • Emulco pisang kuning atau putih (tak kisah mana-mana, saya guna yang kuning) + pewarna kuning lemon (tiada sukatan, saya agak-agak saja, campurkn dengan susu pisang dan kacau sebati)
  • 5 sudu makan susu pekat (saya guna F&N sebab rasa dia kurang manis dari susu-susu lain)

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, masukkan tepung, marjerin, mauripan, susu pekat dan gaul sebati.

2. Kemudian, masukkan susu pisang dan gaul sehingga jadi doh.

3. Jika rasa kurang, tambah air atau lebihan susu pisang, kemudian uli sehingga kembang.

4. Biarkan doh seketika, kemudian sudah boleh mendonat.

donat pisang

5. Selepas itu, goreng macam biasa, tapi jangan guna api terlalu panas (biasanya semasa saya goreng donat, saya akan terbalikkan sebanyak 2 kali saja).

6. Setelah siap digoreng, akan dan toskan.

7. Setelah sejuk, bolehlah gaul donat dengan gula icing. Siap untuk dinikmati!

Bukan saja gebu dan lembut, malah Donat Pisang ini tak terlalu manis apabila dimakan. Paling menarik, wangi dan aroma pisangnya memang semerbak satu rumah.

Anda boleh jadikan donat ini sebagai hidangan sarapan atau minum petang di rumah dan pasti keluarga anda terkejut serta tak menyangka boleh guna pisang untuk buat donat.

Selamat mencuba!

Sumber: SuiSan Aliezsha

Baca juga: Resepi Donat Lembut Dan Gebu, Nak Pastikan Masak Elok Jangan Skip Langkah ‘Ini’

The post Donat Pisang Paling Lembut, Wanginya Sampai Semerbak Satu Rumah appeared first on MyResipi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!