Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Piala Dunia: Belanda nafikan kejutan Senegal

DOHA – Tempoh 15 minit terakhir menjadi detik paling mengerikan buat Senegal apabila melepaskan dua gol untuk menghadiahkan kemenangan 2-0 buat Belanda pada aksi pertama Kumpulan A di Stadium Al Thumama, sebentar tadi.

Senegal yang kehilangan penjaring terbanyak, Sadio Mane ekoran masalah kecederaan terpaksa akur dan wajar menyalahkan diri sendiri kerana mempersiakan beberapa peluang terbaik untuk meledak gol khususnya di babak pertama yang menyaksikan mereka beraksi lebih baik berbanding The Oranje.

Berbanding Belanda yang seakan tertumpu kepada hantaran bola tinggi, babak pertama menyaksikan Senegal berjaya menampilkan serangan lebih tersusun dan minit ke-25, Ismaila Sarr bijak menghidu ruang untuk melakukan lencongan menarik namun percubaannya itu berjaya ditanduk keluar oleh Virgil van Dijk.

Seterusnya, kedua-dua pasukan saling mengatur gerakan sebaliknya kedua-dua penjaga gol, Andries Noppert (Belanda) dan Edouard Mendy (Senegal) belum lagi benar-benar teruji dengan percubaan lebih bahaya sekaligus babak pertama berakhir tanpa jaringan.

Pertukaran dilakukan pengurus Belanda, Louis van Gaal dengan memasukkan Memphis Depay pada minit ke-62 nyata menjadi percaturan tepat apabila corak permainan The Oranje bertambah baik dan berjaya mencipta beberapa gerakan menarik.

Minit ke-72, Belanda wajar berterima kasih kepada Noppert yang bertindak cemerlang dengan melayangkan badannya bagi menepis rembatan deras Idrissa Gueye dari luar kotak penalti.

Selepas beberapa kali menghadirkan situasi sukar kepada benteng pertahanan Senegal, minit ke-84, Cody Gakpo akhirnya berjaya melepaskan diri untuk menyambut baik hantaran daripada Frenkie de Jong diikuti gol kedua daripada pemain gantian, Davy Klaassen pada masa kecederaan babak kedua.

Aksi kedua Kumpulan A selepas ini menyaksikan Senegal akan membuat perhitungan dengan tuan rumah, Qatar di Stadium Al Thumama, Jumaat ini diikuti pertemuan Belanda dan Ecuador di Stadium Antarabangsa Khalifa. – KOSMO! ONLINE

The post Piala Dunia: Belanda nafikan kejutan Senegal appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!