Ayam Goreng Madu Warisan Kakak, Siap Dengan Tips Elak Bau Hanyir & Lauk Tahan Lama!

Imej
https://ift.tt/ZEIfWAP Siapa sangka lauk yang nampak biasa-biasa ini rupanya mampu buat satu rumah bertambah nasi. Ayam Goreng Madu ini bukan saja sedap, tapi sangat mudah disediakan. Resepi Ayam Goreng Madu ini dipelajari oleh Nurhayati Abd Malek daripada kakaknya. Paling istimewa, ada petua daripada ibunya untuk elakkan ayam bau hanyir dan buatkan masakan tahan lebih lama. Baca juga: Resipi Kepak Ayam Madu Sedap Sampai Ke Tulang, Ratah Sampai Tak Berhenti! RESIPI AYAM GORENG MADU Bahan-bahan (anggaran untuk 3 hingga 4 orang makan): 500gram kepak ayam (boleh guna bahagian lain juga) 3 sudu besar butter 2 sudu besar minyak masak 3 senduk cili kisar 1 labu bawang besar (dihiris halus) 3 ulas bawang putih (ditumbuk kasar atau potong dadu) 3 sudu besar sos cili 2 sudu besar sos tiram 3 sudu besar sos cili Thai 5 sudu besar madu Cara-cara memasak ayam goreng madu: 1. Panaskan kuali, masukkan butter dan minyak masak. Biarkan butter cair sepenuhnya. 2. Masukkan bawang...

Kuah Sizzling Yee Mee Ala Food Court, Buat Sendiri Boleh Makan Sampai Puas!

https://ift.tt/saTOgJu

kuah sizzling yee mee

Jika pernah makan menu sizzling di medan selera dalam pusat membeli-belah, pasti terbayang kesedapannya. Oleh itu, kami nak ajar cara buat kuah Sizzling Yee Mee yang lazat.

Shai Anne Ahemed telah kongsikan resipi kuah Sizzling Yee Mee di Facebook dan kesedapannya sama seperti makan di medan selera. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buat Sizzling Yee Mee Mudah Di Rumah Tanpa ‘Hot Plate’, Gerenti Sedap!

RESIPI KUAH SIZZLING YEE MEE

kuah sizzling yee mee

Bahan-bahan untuk kuah:

  • 1 mangkuk ayam
  • 10 biji cendawan shiitake kering(rendam dengan air panas kemudian potong empat bahagian)
  • 10 tangkai cili kering (potong)
  • 5 ulas bawang putih (cincang)
  • 1 inci halia (hiris nipis)
  • 1 ketul kiub ayam
  • 3 sudu besar tepung jagung (dilarutkan dalam sedikit air)
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam (dikisar sendiri)
  • 1 senduk kicap pekat
  • Garam
  • 1 senduk sos tiram
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • Gula
  • 1 liter air

Bahan-bahan lain:

  • 1 bungkus yee mee (boleh juga guna mee kuning, kuey teow dan nasi putih pun sedap)
  • Sayur pak choy

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, perap ayam dengan kicap pekat, sos tiram, minyak bijan, serbuk lada hitam dan kiub ayam.

kuah sizzling yee mee

2. Panaskan minyak masak dalam periuk, kemudian tumis bawang putih dan halia sampai wangi.

3. Selepas itu, masukkan cili kering dan tumis sebentar.

4. Kemudian, masukkan cendawan shiitake.

5. Masukkan 1 liter air, kemudian perasakan dengan garam dan 1 sudu besar gula.

6. Apabila sudah menggelegak, masukkan larutan tepung jagung dan masak sampai kuah jadi pekat, kemudian tutup api.

7. Sediakan kuali non-stick, kemudian letakkan yee mee dan curahkan kuah sizzling atas yee mee.

8. Selepas itu, buka api dapur, kemudian masukkan sebiji telur dan sayur pak choy.

9. Seterusnya, masak sekejap sampai mee lembut.

10. Ulang proses ini bergantung kepada berapa banyak hidangan yang ingin disediakan. Siap untuk dihidang!

Jika makan di medan selera, mungkin kurang puas kerana sesetengah orang suka makan hidangan yang penuh dengan isi. Buat dengan air tangan sendiri, lebih puas hati.

Selamat mencuba!

Sumber: Shai Anne Ahemed

Baca juga: Nasi Ayam Claypot, Rasa Sebijik Macam Makan Di Food Court

The post Kuah Sizzling Yee Mee Ala Food Court, Buat Sendiri Boleh Makan Sampai Puas! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan