Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Sarah minat main golf, suka lelaki kuat makan

Cabaran besar sebagai pempengaruh atau influencer membuatkan gadis pilihan Pesona Ahad minggu ini Sarah Marini Kamaruddin, 24, lebih berhati-hati dalam memuat naik sebarang kandungan di media sosial.

Pernah dikecam dan diaibkan gara-gara gambar digunakan oleh individu tidak bertanggungjawab antara momen yang tidak dapat dilupakannya sehingga menganggu mental anak sulung ini.

Bagaimanapun, dia yang memegang pepatah berani kerana benar tidak tunduk dengan anasir jahat yang mahu menjatuhkannya malah terus bangun membuktikan dirinya mampu berjaya.
Kepada Kosmo! Ahad, Sarah bercerita mengenai cabarannya sebagai pempengaruh dan meminati lelaki yang kuat makan.

Kosmo! Ahad: Ceritakan sedikit mengenai diri Sarah?
Sarah: Anak sulung daripada enam beradik dan kini bertugas di bahagian Komunikasi Strategik di sebuah syarikat swasta di ibu negara.
Sarah takut serangga kecil tetapi suka ­kucing dan hamster.

Kalau nak tahu, dulu saya suka bermain bola tampar tetapi kini beralih arah terhadap sukan golf malahan, se­kali se­minggu Sarah akan ke padang golf untuk berlatih.

ADIS kelahiran Kuala Terengganu ini suka lelaki kuat makan dan menolak bakal suami suka bercakap.

Bagaimana Sarah mula menjadi seorang pempengaruh?
Semuanya bermula sekitar 2019 ketika pandemik Covid-19 apabila salah satu video lakonan sebagai pelayan kedai tomyam tular.

Video loghat Kelantan di TikTok membuka ruang kepada saya terus mekar dalam industri media. Keadaan ini membuka peluang kepada Sarah untuk membuat paid review dan mampu meraih pendapatan sampingan.

Cabaran dihadapi sepanjang tiga tahun?
Apabila gambar Sarah digunakan untuk menipu duit orang ramai. Sungguh sangat terkejut kerana ada yang sanggup buat begitu dan perkara ini diketahui daripada pengikut saya.
Sarah terpaksa muat naik di media sosial menafikan diri seorang scammer dan meminta supaya orang ramai berhati-hati.

Selain itu, Sarah juga pernah difitnah dengan sangat teruk di media sosial sehingga menyebabkan terpaksa menutup akaun media sosial kerana perkara tersebut sangat mengganggu mental Sarah.
Bagaimanapun episod malang itu tidak mematahkan semangat Sarah kerana sedar ini lubuk rezeki dan selalu ingatkan diri sentiasa berhati-hati.

Lelaki idaman Sarah?
Kelakar dan kuat makan kerana Sarah merupakan seorang yang suka mencuba makanan baru selain se­ring berkunjung ke kafe-kafe yang baru dibuka. Oleh itu, lelaki kuat makan itu sangat ­penting agar boleh temankan Sarah setiap masa.

Ciri lelaki yang dijauhi?
Sejujurnya Sarah tidak gemar lelaki yang cakap banyak ­kerana Sarah sendiri sangat suka bercakap. Jika dua-dua suka bercakap, siapa yang akan menjadi pendengar?
Jadi untuk seimbangkan situasi ini, Sarah lebih memilih lelaki yang mampu menjadi pendengar yang baik.

Perancangan Sarah pada masa hadapan?
Sarah berjaya mendapatkan segulung ijazah pada umur 22 dan ia merupakan satu kejayaan yang besar bagi Sarah.

Jujurnya saya mahu menyambung pelajaran sehingga ke peringkat PhD dalam bidang komunikasi media, namun buat masa sekarang, Sarah cuba untuk stabilkan ekonomi diri dahulu sebelum melangkah ke fasa baharu.

The post Sarah minat main golf, suka lelaki kuat makan appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!