Cara Masak Mee Bandung Simple Berkuah Pekat, Masukkan Bahan Rahsia ‘Ini’

Imej
https://ift.tt/46lLDaW Musim hujan pada waktu petang membuatkan ramai teringin berbuka puasa dengan hidangan berkuah yang hangat. Oleh itu, anda boleh cuba cara masak Mee Bandung yang simple ini. Mee Bandung adalah hidangan mee paling popular di Malaysia yang berasal dari Johor. Gandingan mee kuning bersama telur dan kuah pekat mampu membuat selera terangkat. Cara masak Mee Bandung ini dikongsikan oleh Halimatussaadiah Sidek di Facebook bersama rahsia kuah yang pekat dan sedap dihirup. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Mee Kuning Homemade ‘Gluten-Free’, Tak Pakai Tepung Gandum Pun Menjadi! CARA MASAK MEE BANDUNG Bahan kisar: 2 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 10 tangkai lada kering (kurangkan jika tak nak pedas) 2 paket udang kering Bahan-bahan lain: ½kg mee kuning Segenggam kacang tanah (goreng dan tumbuk) 2 sudu tepung gandum (bancuh dengan air biar cair) Gula Garam Ajinomoto Daging Sotong Udang (ikut suka) Sawi Lobak merah Tauhu Daun sup Bawang g...

Kurang Zat Besi Punca Anak Tak Bertenaga, Kena Bagi Jus Ini Baru Lebih Sihat & Kuat!

Masalah kekurangan zat besi sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Hal ini sama seperti perkongsian seorang ibu bernama Wawa Shauqi. Bagi memastikan si kecil kekal sihat dan bertenaga, beliau memberikan jus bayam buatan sendiri.

Bayam mengandungi vitamin C,K,A, kalsium, serat, magnesium dan zat besi. Semua nutrisi itu baik untuk tumbesaran otak si manja.

Baca juga: Penawar Anak Degil Dan Keras Kepala Guna Nasi, Ramai Yang Tak Pernah Cuba

ANAK KEKURANGAN ZAT BESI, IBU BUAT JUS BAYAM

KEKURANGAN ZAT BESI

Beberapa tahun lepas, Aqlan, anak saya masuk hospital. Muntah tak berhenti sampai badan jadi lemah. Selama 2 malam, saya menemani beliau di PPUM.

Sorang demi sorang doktor datang. Yang paling berdebar, bila dia tanya pasal diet anak. Sebab bila dia cek darah, dalam darah anak ada kekurangan zat besi.

Waktu tu saya kesal juga. Kalau ikutkan, saya memang menjaga makan anak. Tiap 4 jam, mesti kena makan. Nak makan candy pun, sehari sebiji dua sahaja. Itu pun selepas makan nasi sahaja.

Rupanya, kalau anak banyak minum susu lembu boleh menyebabkan badan susah nak serap iron. Langsung saya teringat kawan-kawan yang mengadu anak dia jarang makan. Asyik minum susu je. Bahaya rupanya kesan dia.

Kekurangan zat best boleh menyebabkan:

  • Masalah tingkah laku
  • Ganggu perkembangan otak
  • Kurang selera makan
  • Kerap penat
  • Muka pucat
  • Tumbesaran terganggu

Jadi sangat penting dan perlu rajin untuk pelbagaikan makan anak. Terutama sekali buah-buahan dan sayur. Balik dari hospital, terus saya semangat.

Buat brokoli goreng tepung la, ajar makan daging, bagi ratah ikan bilis dan sebagainya. Pengambilan vitamin C juga boleh membantu tingkatkan penyerapan iron.

Selain itu, saya bagi jus baby bayam. Kalau dah dikisar, mesti anak-anak suka. Boleh campur dengan buah epal, mangga atau beri.

Memang nampak superb kesan dia bila anak saya start minum jus ni. Lagi senang makan sayur, bertenaga dan tak selalu mengadu letih.

Ibu ayah kena cuba bagi anak jus baby bayam mulai sekarang. Semoga bermanfaat.

Baca juga: Ibu Ikhtiar Rawat Si Kecil Demam Dengan Baca Doa-Doa Ini, Suhu Anak Makin Turun!

Sumber: Facebook Wawa Shauqi

The post Kurang Zat Besi Punca Anak Tak Bertenaga, Kena Bagi Jus Ini Baru Lebih Sihat & Kuat! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!