Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Cara Hilangkan Dengkur Guna Air Homemade Ini, Baru Minum 4 Kali Dah Menjadi!

“Hmm, pening lah fikir macam mana cara hilangkan dengkur..”

Masalah dengkur boleh berlaku kepada siapa sahaja tanpa mengira jantina atau umur. Antara penyebabnya adalah berat badan berlebihan dan posisi tidur yang tidak bersesuaian.

Dengkur sudah tentunya akan mengganggu orang sekeliling dan boleh juga menyebabkan anda hilang keyakinan diri. Jadi, antara cara hilangkan dengkur adalah seperti perkongsian pengguna Facebook bernama Syiema Ima ini.

Baca juga: Tak Sangka Air Rendaman Bendi Banyak Khasiatnya, Umur 86 Tahun Pun Masih Kuat Lagi!

CARA HILANGKAN DENGKUR GUNA AIR HOMEMADE INI

CARA HILANGKAN DENGKUR

4 kali sahaja minum air ini, Alhamdulillah dengkur hilang serta merta. Bahan-bahan digunakan barang yang ada di dapur sahaja. Tak susah pun nak cari.

Bahan-bahan:

  • Kunyit hidup
  • Madu
  • Air suam

Cara penyediaan:

1. Rendamkan kunyit hidup di dalam gelas yang berisi air suam. Jangan terlalu banyak. Suku gelas sahaja sudah mencukupi.

2. Biarkan kunyit hidup terendam selama 5 minit dan campurkan dengan madu satu sudu. Pastikan guna madu asli ya.

3. Sedia untuk diminum. Minum sehari sekali sebelum tidur.

InsyaAllah dengan izinNya, pasti berkesan.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat buat anda semua.

*Sekiranya dengkur terlalu teruk, boleh dapatkan nasihat dan rawatan doktor. Jangan biarkan.

Baca juga: Petua Naikkan Seri Wajah Macam Orang Dulu-Dulu Buat, Kena Guna Air Rebusan Ini

Sumber: Facebook Syiema Ima

The post Cara Hilangkan Dengkur Guna Air Homemade Ini, Baru Minum 4 Kali Dah Menjadi! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!