Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Kereta ‘hancur’ gara-gara pemandu mabuk berlumba

PETALING JAYA – Sebuah kenderaan pacuan empat roda (4×4), jenis Mitsubishi Triton, remuk teruk apabila terlibat dalam kemalangan ngeri di Lebuh Raya Persekutuan sekitar pukul 4 pagi semalam.

Menerusi ciapan oleh pemilik kenderaan tersebut yang dikenali sebagai @WahyuYordan, kemalangan berlaku gara-gara pemandu mabuk berlumba sehingga beberapa buah kereta terlibat dalam nahas itu.

“Permulaan 2023 yang muram. Kalau kita tidak langgar orang, orang langgar kita. Habis ‘total lost’ (musnah sepenuhnya) kereta aku. Tiada rupa kereta dah.

“Tiga kali kereta aku terbalik, lepas itu adalah dalam empat buah kereta lain pula langgar. Sebabkan pemandu mabuk berlumba, banyak kereta terlibat dalam kemalangan,” ciapnya.

Walau bagaimanapun, keadaan adik pemilik kenderaan itu yang difahamkan memandu kereta tersebut ketika kemalangan berlaku, tidak diketahui.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang mengecam tindakan pemandu mabuk yang tidak bermoral itu sehingga mengancam keselamatan pemandu lain.

“Kes arak lagi yang melibatkan kemalangan. Kalau dah tahu mabuk, tak perlulah memandu. Ini sudahlah memandu, berlumba pula tu,” ciap seorang netizen.

“Sama juga dengan kereta saya. ‘Total lost’, pemandu mabuk langgar belakang. Pastikan tuan ambil tindakan segera terhadap si pelaku,” ciap netizen yang lain pula.

Sehingga kini, ciapan tersebut telah mendapat 2,302 perkongsian dan 2,514 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

The post Kereta ‘hancur’ gara-gara pemandu mabuk berlumba appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!